Thursday, June 25, 2015

Debat ?

Hahaha . Okay . Bismillah .

Haaa . Okay hari ni aku rasa macam nak share something pasal aktiviti aku di Universiti . Sikit laaa .

Hmmmm .
Masuk part 3, tetiba aku terpaksa pikul tanggungjawab besar . Haaa . Bukan untuk belajar je, tapi untuk majukan persatuan pulak . Aku join Legasi Mahasiswa Pusat Islam (LPI) and semester ni pegang jawatan sebagai ketua exco Ekonomi, Kebajikan dan Logistik pulak . 2 Semester sebelum ni aku cuma jadi sekiteriat sahaja tapi semester ni naik ketua exco pulak . Aduhh . Tahniah dan takziah untuk aku .

Jadi bila dan jadi ketua exco ni memang haruslah jarang balik, korban masa untuk persatuan, buat ini itu . Hahaha . Kan ? Aku kalau boleh taknak bebankan diri sangat dengan aktiviti persatuan ni, sebab belajar pun dah susah lagi nak handle persatuan pulak ? Yedokkk ?

Even aku ada pengalaman handle program masa sekolah dulu tapi aku rasa penat sebenarnya nak bagi full commitment ni . Sendiri faham laaa kan . Aku pun dulu banyak keluar kelas, study pun bengong . Haaa . Okay . Tapi dah tanggungjawab nak buat macam mana kan ? Takut pulak disoal diakhirat nanti .

Setakat ni untuk LPI sendiri aku baru buat dua aktiviti, untuk Open day Club Festival and Iftar di Pusat Islam . Setakat bertugas 4 hari ni, baru 2 hari je dapat makan nasi, selain tuh buka dengan air,kuih dan kurma je . Takde rezeki kan ? hahaha . But, aku rasa berbaloi kot dapat duduk satu kumpulan dengan orang-orang baik ni, kita pun ikut ke arah itu jugak .

Okay next,
Aku join kokorikulum Pengucapan Awam . Kahkah . Nak lari daripada kesatria negara laa katakan . Tapi aku rasa bagus jugak join Pengucapan awam ni sebab boleh latih diri lebih yakin bercakap depan orang kan ?

So, for this semester, as a  class project kitorang kena buat pertandingan debat antara fakulti for 20% assignment marks dan kali ni aku pulak jadi Penolong Pengarah . Haihhh . Memandangkan UiTM Pasir Gudang ni ada 5 Fakulti je, team organiser pun kena hantar satu team nak genapkan . Bertambah laa kerja aku dan lagi teruk dah laa jadi organiser dipaksa jadi peserta pulak . Heh . Aku dapat membayangkan semester ni mesti busy .

Aku memang takda pengalaman as a debater, taknak sebenarnya . Just tengok member-member yang join je masa sekolah dulu . But, I just take this sebagai pengalaman baru . Tak salah kot nak belajar benda baru macam ni an ? Hahaha . Challange yourself .

Okay I think tuh je kot .
Thanks pada yang sudi baca walaupun aku sedar memang takde . Kahkah .

Till then .
Babaiiii !

No comments:

Post a Comment