Thursday, June 25, 2015

Debat ?

Hahaha . Okay . Bismillah .

Haaa . Okay hari ni aku rasa macam nak share something pasal aktiviti aku di Universiti . Sikit laaa .

Hmmmm .
Masuk part 3, tetiba aku terpaksa pikul tanggungjawab besar . Haaa . Bukan untuk belajar je, tapi untuk majukan persatuan pulak . Aku join Legasi Mahasiswa Pusat Islam (LPI) and semester ni pegang jawatan sebagai ketua exco Ekonomi, Kebajikan dan Logistik pulak . 2 Semester sebelum ni aku cuma jadi sekiteriat sahaja tapi semester ni naik ketua exco pulak . Aduhh . Tahniah dan takziah untuk aku .

Jadi bila dan jadi ketua exco ni memang haruslah jarang balik, korban masa untuk persatuan, buat ini itu . Hahaha . Kan ? Aku kalau boleh taknak bebankan diri sangat dengan aktiviti persatuan ni, sebab belajar pun dah susah lagi nak handle persatuan pulak ? Yedokkk ?

Even aku ada pengalaman handle program masa sekolah dulu tapi aku rasa penat sebenarnya nak bagi full commitment ni . Sendiri faham laaa kan . Aku pun dulu banyak keluar kelas, study pun bengong . Haaa . Okay . Tapi dah tanggungjawab nak buat macam mana kan ? Takut pulak disoal diakhirat nanti .

Setakat ni untuk LPI sendiri aku baru buat dua aktiviti, untuk Open day Club Festival and Iftar di Pusat Islam . Setakat bertugas 4 hari ni, baru 2 hari je dapat makan nasi, selain tuh buka dengan air,kuih dan kurma je . Takde rezeki kan ? hahaha . But, aku rasa berbaloi kot dapat duduk satu kumpulan dengan orang-orang baik ni, kita pun ikut ke arah itu jugak .

Okay next,
Aku join kokorikulum Pengucapan Awam . Kahkah . Nak lari daripada kesatria negara laa katakan . Tapi aku rasa bagus jugak join Pengucapan awam ni sebab boleh latih diri lebih yakin bercakap depan orang kan ?

So, for this semester, as a  class project kitorang kena buat pertandingan debat antara fakulti for 20% assignment marks dan kali ni aku pulak jadi Penolong Pengarah . Haihhh . Memandangkan UiTM Pasir Gudang ni ada 5 Fakulti je, team organiser pun kena hantar satu team nak genapkan . Bertambah laa kerja aku dan lagi teruk dah laa jadi organiser dipaksa jadi peserta pulak . Heh . Aku dapat membayangkan semester ni mesti busy .

Aku memang takda pengalaman as a debater, taknak sebenarnya . Just tengok member-member yang join je masa sekolah dulu . But, I just take this sebagai pengalaman baru . Tak salah kot nak belajar benda baru macam ni an ? Hahaha . Challange yourself .

Okay I think tuh je kot .
Thanks pada yang sudi baca walaupun aku sedar memang takde . Kahkah .

Till then .
Babaiiii !

Monday, June 22, 2015

Aku semak

Okay . Bismillah .
Hi guys . Walau aku sedar tak siapa pun baca . 
Takpe it's okay . Sebenarnya blog ni aku cuma nak jadikan wadah untuk meluahkan rasa . Jadi aku tak kisah langsung pun kalau takde siapa pun yang nak baca . Hahaha .

Hmmm .
Sejujurnya aku semak . Semak dengan apa ? Dengan media, dengan orang sekeliling aku yang sibuk bercerita pasal politik . Media tak kira media massa, media cetak, media sosial masing-masing bersepah . Bersepah bercerita buruk kerajaan, buruk pembangkang sampai satu tahap aku semak dan serabut walau hanya untuk memandang atau mendengar itu semua .

Jangan berani sembang politik Malaysia depan aku atau aku lari jauh daripada kau . Sampai tahap itu aku benci pada politik di Malaysia ini . Kalau berita siar cerita politik aku akan pergi tempat lain untuk tidak mendengar segala-gala yang berkaitan dengan politik . Politik ini ibarat "taboo" word bagi aku .

Aku ni boleh laa dikatakan anti-politik . Aku bukanlah pro kerajaan, atau pro pembangkang . Aku just tak suka dengan politik ni . Bagi aku politik kat Malaysia dengan sistem berparti wujud pembahagian antara kerajaan dan pembangkang menjadikan kita rakyat Malaysia ni assabiah . Ada satu yang fanatik dengan agama, satu sibuk kata tolong melayu padahal sama-sama jatuhkan melayu demi kepentingan sendiri, satu sibuk dengan kaum sendiri tindas pribumi dan nakkan kesamarataan taraf, ada satu lagi ketuanya sibuk nak jadi PM . 

Aku muak tengok berita hari-hari topik sama . Bukak setiap stesen TV sama sahaja . Satu pihak memburukkan satu sama lain . Bagus sangat lah tuh ? Hahaha . Cara ni semua wujudkan kebencian pada masyarakat . Jadikan negara pecah belah . Aku yang terhimpit diantara dua kuasa yang memerintah di makin lama makin susah . Makin penat, lelah, semput, terkapai-kapai mencari nafas di laut merah Malaysia . 

Ahh . Aku penat . Penat jadi mangsa keadaan . Jangan pelik disebabkan pecah belah masyarakat Malaysia ni, negara yang penat nak dimerdekakan orang-orang dulu dijajah sekali lagi . Betullah orang kata tak semua orang belajar daripada kesilapan . 

Memandangkan next Pilihan Raya Umum aku boleh mengundi, aku mungkin duduk kat rumah tak keluar mengundi enjoy the holiday atau aku pergi dan buat undi rosak . Kenapa ? Tanda protes . Walaupun hanya dengan satu undi . Suara aku ini takkan didengar mana-mana pihak . Takde siapa . Kenapa ? Aku ini cuma rakyat biasa, orang biasa yang tiada apa . Haaaa . Kalau kau nak suara atau pendapat kau diterima kau perlu ada pangkat, harta, nama . Itu semua hakikat dunia hari ini . Sedar atau tidak kita hidup dalam dunia yang seumpama itu .

Aku cuma harapkan pemimpin di tanah tercinta ini jadi seorang yang berintegreti . Jalankan kerja dengan penuh tanggungjwab . Ingat yang apa yang kita buat sebagai pemimpin akan disoal oleh Allah diakhirat . Tak takut bila apa yang kita buat ini semua tak direstu Allah lalu Allah campakkan kita ke neraka disebabkan ketidaktanggungjawaban kita pada rakyat kita ? Itu je harapan aku . Kalau pemimpin mantap, bertanggungjawab takkan adanya krisis sini sana . InsyaAlla negara akan dapat terus maju, maju dan maju .

Ini pendapat aku, hanya pendapat jangan lah bash aku . Aku cuma bagi pendapat je . Aku tak kisah kau nak terima ke tak pendapat aku ni . Kalaupun kau tak terima, selagi izin Allah ada untuk aku hidup esok, hidup aku tak terganggu pun . Aku tetap terus hidup seperti biasa, macam orang lain . 

Aku cuma sampaikan apa yang aku rasa . 
Aku harap siapa yang baca faham dan dimasukkan dalam benak fikiran apa yang aku cakap ini . 
Ya, mungkin aku masih muda, mentah . Tapi tak salah kalau terima pendapat seorang yang "bodoh" ini . 

Sekian .
M.A

Suka Suki Kaki

Okay bismillahirahmanirrahim .
Baik lahhari ini kita pergi ke satu topik santai-santai je .
Hari ni aku nak share pendapat aku pasal "Minat" .

The thing is manusia tends to have their own what we called as "Minat"
Haaa . Of course kau tanya lah siapa pun kat dunia ni diorang semua ada minat tersendiri . Macam-macam . Ada minat yang normal macam minat pada buku atau muzik mungkin ? Kalau yang pelik sikit minat serangga ke ? Hahaha . Kan ? Normal laa lain manusia lain ragam lain minat .

Sebenarnya pada pendapat aku kau tak salah pun nak minat apa pun kat dunia ni . Sebab itu semua hak kau sebagai seorang manusia . Kau boleh pilih kau nak suka apa . Aku nak tanya, salah ke kau minat bola ? Salah kau minat sukan ? Salah kau minat kpop ? Salah kau minat buku ? So, the answer is tak . Masing-masing ada sebab kenapa mereka suka .

Jadi aku rasa kita ni takyah lah nak bash orang-orang yang ada minat diorang tersendiri . Aku bagi situasi, ada yang minat kpop, pastu yang si haters kpop ni nak maki-maki mereka pulak . Then, berdebat lah mereka, gaduh sebab benda yang remeh macam ni . Haaa . Buang masa je sebenarnya . Cuba fikir lebih rasional dan tak masukkan emosi . Selagi mereka tak langgar batas, tak salah pada aku .Takde lah kpop je, tak kesah lah apa minat pun an ? haaa . Semua okay je .

Setiap minat ada batasannya jadi memasing kena tahu lah "Limiting Factor" bagi minat memasing so that takde laa salah di mata masyarakat ataupun agama sendiri . Dah besar kan ? Hahaha .

Kita pun kena hormat minat orang lain . Tak perlu rasanya kita nak bash orang tu sebab minat dia . Biarlah dengan minat dia . Kita hormat minat orang, aku rasa orang pun boleh hormat minat kita and at last mana tahu boleh share minat kan ? Haaa .

Saja share ni tweet ni so that korang boleh fikir sekali :


Hahaha . Bagi aku sendiri, aku ada 3 minat yang paling besar :

1. Sukan especially Bola Sepak . Tapi aku minat as a normal fan takdelah fanatik sangat . Sebab bapak aku bawak aku pergi stadium sejak 4 tahun kot . Takkan tak minat an ? Hahaha . 

2. Game bola . Hahaha . Sebab aku minat bola so aku minat game bola . Tapi aku takdelah spend time main game je . Average dalam 1/2 jam sehari ada lah kot . haaa .

3. Variety show korea . Runningman, We Got Married antara yang aku follow . Aku minat sebab kelakar kot . Haaa . Dapat tengak artis korea in person aa . Bukan dalam watak drama . haaa .

So, apa minat korang ? hahaha . Aku tahu korang pun ada minat masing-masing . Selagi minat tu tak melampau batas aku rasa tak salah pun .

Aku rasa tuh je laaa daripada aku untuk hari ni . Chow !

Assalamualaikum .




Saturday, June 20, 2015

Kau kenal siapa kawan kau ?

Hai ! Nampak ? Update lagi hari ni .
Bosan sebenarnya. Bosan tapi tutorial subject Material & Energy Balance aku masih tak bersentuh lagi . Hahaha .

Okay . So, apa yang aku nak bawak hari pada korang ?
Pernah tak korang terfikir apa yang korang rasa kalau korang tak ada kawan & kenalan ?
Of course bosan habis, takde tempat nak kongsi cerita, kongsi masalah, kongsi pendapat . Idokk ?
Hahaha .

Okay cop ! Kenapa aku tulis "Kawan & Kenalan" why not "Kawan" sahaja ?

Haaaa . Walaupun korang tak tertanya pun aku saja timbulkan soalan ini .

Okay .

Kenalan atau bahasa inggeris dia "acquaintances" is someone yang kau just kenal nama, yang kau tak berapa ambil tahu pun pasal dia dan dia pun tak ambil tahu pun pasal kau yang kau tahu cuma dia masih hidup hari ini . Haaa .

Tapi kawan, "friends" ni pulak is someone yang kau rasa dia ni penting pada kau, orang yang kau percaya, ada masa senang susah kau, macam adik beradik kau . Itu dia kawan yang sebenarnya .

Sejujurnya, bagi aku sendiri aku paling cerewet pilih kawan . Why ? Sebab mereka ni orang-orang yang kau percaya, kadang-kadang cerita yang kau tak cerita kat parents kau pun kau cerita kat kawan kau an ?

Bahaya bila kita tak boleh nak bezakan antara kawan dengan kenalan ni . Apa jadi kalau kenalan kau ni tak boleh dipercaya, mulut tempayan ? Haaa . Habis segala aib kau dia bukak . Haaa . Sebab tuh lah aku terlalu cerewet memilih kawan .

So quote ni aku rasa jelas nak bagitahu kenapa kau kena hati-hati dalam memilih kawan . 


Bagi aku sendiri, aku tak ramai kawan boleh dikira dengan jari je, tapi kenalan ya aku ada banyak . Aku cuma ada beberapa orang yang aku cukup percaya untuk cerita hal aku . 

Pesan aku just carilah kawan yang cukup baik untuk kau . Yang kau boleh percaya 120% . Sebab kalau kau salah pilih kawan masalah pulak nanti . Masing-masing dah cukup besar nak fikir baik buruk jadi pandai-pandailah jaga diri memasing k . Hahaha .

"Kawan yang baik itu anugerah untuk kau, seseorang yang Tuhan hantar untuk melengkapi hidup kau . Tanpa mereka pasti susah untuk kau bernafas di muka bumi yang menyesakkan ini"

That's all for now .
Bilhidayah Wattaufiq . Assalamualaikum . 



Friday, June 19, 2015

Indah mimpi

Kau tahu ?
Malam tadi kudijengah mimpi,
Merasuk kedalam minda lenaku .
Suatu indah yang kuharapkan itu bukanlah mimpi .
Aku seperti mahu kekal untuk menikmati saat itu .

Aku bermimpi,
Ada si dara yang tidaklah jelita mana,
Tapi di dalam mimpi aku ditakdir bersatu dengannya,
Orang yang aku tak tahu siapa .

Aku cuba terima disatukan dengan si dia,
Mungkin itu suratan tersedia,
Oleh yang Maha Pencipta yang esa .

Akhirnya nikahlah aku dengannya,
Tapi yang pelik,
Kenapa terujanya ? Walau aku tak pernah tahu dia siapa ?
Segalanya seperti tiba-tiba sahaja .

Walau seketika cuma,
Walau hanya mimpi belaka,
Tapi ketika itu aku rasa oh indahnya,
Bercinta selepas berumah tangga .

Mungkin itu pentunjuk,
Dari yang Maha Pengasih,
Untuk aku dekat dengannya,
Menuruti segala perintahnya .

Dan sejak itu,
Aku mula cuba,
Berubah menjadi mukmin sebenar,
Yakin pada janji yang Maha Pengatur,
Bila tiba masa dan izinnya,
Bertemulah aku dengannya .


Apa yang aku nak sampaikan, kita ni tak perlu rasanya untuk sibuk mencari jodoh, mencari si dia . Mengapa perlu kita fikirkan perkara yang bukan kerja kita . Jodoh pertemuan itu kerja Allah, dengan izinNya insyaAllah satu hari kita tetap dipertemukan dengannya . Tak payah nak overthinking sangat wondering pasal siapa bakal Isteri/Suami kau .

Just keep calm and be better a Muslim . Takyah nak rasa tulang rusuk tuh bergetar sangat . Teruskan kehidupan kalaulah tiba-tiba suka pada seseorang, doalah biar Allah jaga dia untuk kau okay ? Itu yang terbaik kot . hahaha .

Saja nak ingatkan,

"Jika mahukan jodoh yang baik pastikan diri itu cukup baik untuk si dia yang baik"

Hahaha . Mimpi yang aku cerita kat atas itu memang betul . Jadi aku saja nak share dengan korang .
Aku harap apa yang aku nak sampaikan ni sampai lah di lubuk hati memasing okay ? 
So see yaaa ! Babaiii !

Assalamualaikum .

Ubah Transform Henshin !

Bismillah

Setelah sekian lama jiwa melara 
Tiada tempat berkongsi rasa
Kembali aku di sini 
Melebur segala duka

Hahaha .

Lama kan tak update ? Already the first half of 2015, but this is my first entry . 
Rasa macam nak kembali ke sini mungkin . Dengan topik-topik yang much better
takde laa tajuk kanak-kanak macam entry zaman budak-budak dulu . Hahaha .

See,
Sebab kenapa aku rasa nak kembali menulis blog ni, salah satunya ialah tempat aku nak kongsi pendapat aku . Mungkin ini boleh jadi satu medium untuk aku menyampaikan pendapat aku . Pendapat yang mungkin takkan dibaca mahupun didengar tapi ini mungkin salah satu media yang aku boleh gunakan .

Ada kawan aku cakap, "Afie, kau ni pemendam, aku tahu kau takkan cerita masalah kau pada manusia selain yang kau percaya sebagai kawan kau, jadi apa kata kau tulis blog semula ?"
Jadi itu ialah sebab kedua . Ada betulnya mungkin apa yang kawan aku cakap . Semuanya . 
So, aku harap dengan kembalinya aku menulis, walaupun tak siapa yang baca can make feel better .
Hahaha .

So, jadi tunggulah apa tajuk-tajuk yang aku nak kongsikan . Maybe cara untuk aku mengolah idea tak menarik seperti penulis-penulis blog yang lain, tapi aku cuba . Aku cuba . 
Hahaha . 

Itu saja . See you in my next entry . Babai .

"Jangan takut untuk berubah kearah kebaikan, kalau kau tak mula langkah kau sekarang, bila lagi ?"