Saturday, July 2, 2016

Laki kau

Huhuii !
Asslamualaikum ! Lama doh tak update blog bersawang habis dah . Haaa . Sebenarnya aku ada banyak je nak share, but takde masa lah . Busy kot . Yelah dah jadi student final year an . Busy je manjang . Hahahaha .

So, last time, I shared about things that man should know about woman . Jadi hari ni aku nak share lah jugak pasal lelaki, apa yang kau patut tahu . Hehehe . Tak adil bagi lelaki lelaki di muka bumi ini kalau aku just berpihak pada satu belah . Okay guys, takpe aku backup . #bloodbrotherselamanya *brofist*

1. Takpe, I kalah
Hahaha . Man born to be  a loser . Bila dengan perempuan yg dia sayang . See, macam mana bengis, garang, gangster pun laki tu, kalau dgn perempuan yg dia sayang, confirm cair . *geleng kepala* . Lemah betul kami ni . Macam sebelum ni aku cakap, lelaki ni selalu kena mengalah, salah ke tak salah ke tetap on the losing side . Tapi takpe, kami acah tabah, acah kuat . "I takpe I okay I okay" . Padahal hati koyak rabak dah . Bila dipujuk sikit terus okay . Hahahaha . Itu lah lelaki, satu satunya kelemahan, perempuan yang dia sayang . Jadi, perempuan ni aku share tips sikit, kalau nak apa apa, layan lah elok elok, cakap elok, usik gurau sikit dengan dia, once mood dia okay, cakap apa yg kau nak, insyaAllah akan dapat apa yang dihajati .

2. Game dan kami berpisah tiada
Bagai langit dan bumi, aur dan tebing, buku dan ruas . *ah bedal ah* . Lelaki dan game mereka memang tak boleh dipisahkan . Maaf kata, ada masa game lagi penting daripada kau . Hahaha . Fahami lah mereka, kalau time dia main game, biarlah . Diorang main game je, diorang tak layan perempuan lain pun, kalau layan perempuan lain pun confirm dia reply sebab takut kantoi . Hahahaha . Sometimes, bagi ruang kat lelaki tu, sebab itu je pelepas stress diorang . Opss . Perempuan jangan fikir "dah aku ni apa ? takleh jadi pelepas stress dia ?" . Jangan ada mindset gituu . Jangan samakan, awak tu penenang, pelengkap jiwa dia but game dia tu just utk fun je lepaskan stress dia . Beza, awak lagi penting . But kalau dah 5-6 jam still main lagi, kau ketuk je kepala laki kau tu . Suruh dia kahwin dgn game dia tuu . Hahaha . Bear in mind, kalau ada lelaki sanggup tinggal game dia utk kau that means kau penting gila bagi dia . Kalau jumpa satu, jangan tinggal laki tu

3. Diam lelaki berisi
Pernah nampak tak, bila keluar laki kau banyak diam, tak bercakap . See, perempuan jangan salah faham, diorang ni bukan tak nak layan kau, kau silap besar kalau fikir macam tu . Diorang diam sebab ada yang mereka fikirkan . Sebab lelaki fikir sesuatu banyak kali before buat, so they tend to take more time . Maybe pasal life dia, pasal family dia ke ? Mungkin . Bila mereka lebih banyak diam daripada bercakap, itu maknanya diorang ada masalah . Try approach mereka masa ni, sebab awak orang yg paling dia perlukan masa masa macam tu . Cuba je lah mana tahu dia nak cerita, but biasanya kalau hal kecik diorang tak cerita pun, sebab diorang rasa tak penting .  Lain macam perempuan, kalau dah cerita satu berkait dengan cerita yg lain sebab tu tak habis . Kan ? Hehehe .

Perempuan di luar sana, aku harap korang jangan sekali pun banding banding kan lelaki yg kau sayang dengan orang lain . Mereka tak suka . Of course tak sama, takkan sama . Jangan cakap laki semua sama, tak guna . Ayah kau pun lelaki, tak guna jugak ? Dalam tak guna masih ada lagi yang berguna utk kau . Jangan ambil kesempatan atas segala kelemahan lelaki pada kau . Layan dia macam mana dia layan kau . Dalam diam, banyak dia dah korban utk kau, especially masa, kawan kawan dia and banyak lagi .

Okay . Aku rasa tu je kot . Aku just nak pesan kat perempuan luar sana, Aku rasa kau patut appreciate more lelaki lelaki dalam hidup kau, abang, ayah, adik, boyfriend, suami maybe ? Jangan banyak merungut cakap itu ini tak kena, mintak ni mintak tu . Pastu nak merajuk tak tentu pasal sebab dalam diam diorang ni lah orang orang yg paling care pasal kau . Yang ada dengan kau time kau sakit, kau susah, kau sedih, kau merajuk dia pujuk, kau craving itu ini dia yang teman . Jangan sesekali cakap "kau takde dengan aku bila aku susah" even kau gaduh macam mana pun . Diorang tetap ada je dengan kau .

Okayy guys aku dah bayar hutang korang . Tak perlu berterimakasih . Hahahaha . So, last word, treat your man well or else they'll gone forever .

Chow ! Tidur ahh . Hahahahaha .

Assalamualaikum .