Monday, August 24, 2015

Tabik spring !!!!

Assalamualaikum ! Fuhhh . Tarik nafas, hembus slow-slow . Haaa . Bismillah . Penat beb baru habis kelas, then tiba-tiba muncul idea nak buat entry baru ni . Hahaha .

Jadi kau rasa apa yang aku nak kongsikan dengan korang hari ni ? Haaaa . Something yang maybe interesting or maybe tak . Hahaha . Hari ini aku nak cerita pasal perempuan . Perempuan ? Yes . P .E. R. E. M. P. U. A. N noktah . Haaaa .

Jadi apa perkataan pertama muncul bila sebut pasal perempuan ni ? Ada yang sebut "lemah", "lembut", "sopan" . Tapi bagi aku, every time aku dengar perkataan ini, perkataan yang terlintas di minda aku ialah "kuat" . Yes . Kuat . Hahahaha

Kenapa aku cakap mereka ni satu ciptaan Allah yang kuat ? Kau tengok siapa lahirkan kau ? Ya mak kau dan mak kau ialah perempuan . Haaa . You see, something yg aku paling respect pada perempuan is even mereka ni tahu betapa sakitnya melahirkan anak tu, tapi tetap nak beranak . Kalau boleh describe sakitnya tu ada yang cakap separuh mati . Nampak betapa sakitnya . Something yg mungkin kaum lelaki ni tak boleh nak hadap . Hahaha . For ibu-ibu diluar sana massive respect untuk anda !

Ada lagi perkara yang aku rasa aku hormat pada perempuan ni . Apa dia ? Yelah , diorang ni after dah bersuami, kena ikut cakap suami . Mereka terpaksa tinggal ibu bapa demi suami, terpaksa bekerja untuk membantu suami . Bangun pagi untuk siapakan makanan keluarga . You see, hidup mereka untuk suami & keluarga mereka . Dulu aku selalu terfikir kenapa perlu bagi cincin + duit hantaran lagi . Sekarang aku rasa mereka memang patut dapatkan semua tu atas pengorbanan mereka selepas bergelar seorang isteri .

Next, sebab lain aku respect perempuan ni sebab mereka ni patuh . Patuh pada apa ? Tuntutan agama . Bagi perempuan muslim, kau tengok diorang ni kemana-mana kena jaga aurat mereka daripada golongan bukan mahram mereka . Even nak pakai tudung tu panas, nak pakai handsocks tuh berpeluh, lagi time cuaca panas tapi mereka tetap menurut perintah Tuhan . Haaa . Hebat kan ? Yang lelaki kau rasa kau mampu ? Hahahaha .

Jadi sebagai konklusinya, bagi aku sendiri laaa, perempuan ni daripada luar ya nampak lemah lembut tapi dalaman mereka cukup kuat . Hormatilah perempuan disekeliling korang sebab mereka ni layak untuk dihormati . Jangan sekali jatuhkan maruah mereka dan lindungah mereka semampu korang .

Hahaha . Okay . Tuh je kot untuk entry kali ni . Baboooiiii . See yaa ! Assalamualaikum.

Sunday, August 9, 2015

Pemimpin atau dipimpin ?

Hai semua ! Assalamualaikum ~ haaaa . Update jugak aku hari ni .
Akhirnya, tamat sudah minggu yang amat-amat memenatkan aku . Fuhhh ~ 
Lama dah tak busy seminggu macam ni . Hahahaha .

So, hari ni aku nak curi masa sikit . Yes sikit je untuk update blog aku ni . Just something untuk dikongsi . Mungkin ada manfaat kalau dibaca dan mungkin tidak . 

Hari ni kita bawa tajuk yang sedikit serius mungkin . Sedikit yang boleh difikirkan dan yang pasti bukan soal hati, soal cinta, soal kahwin dan lain-lain yang mungkin berada di minda korang . Hahaha . Apa yang aku nak kongsikan sebenarnya soal TANGGUNGJAWAB noktah . 

Hahaha . 
Bunyi macam serius kan ? So, tanggungjawab . Aku rasa semua orang ada tanggungjawab memasing . Tanggungjawab pada negara, negeri, bangsa, agama, keluarga . Antara tanggungjawab yang paling besar ialah tanggungjawab pada Allah . Yes, kita ialah ciptaannya dan wajib tunduk pada segala perintah dan tinggalkan larangannya .

See, nowadays manusia dah tak pikul tanggungjawab yang satu ini sebagai tanggungjawab yang paling besar . Letakkan urusan kita pada Tuhan itu paling atas barulah segala urusan yang dibawahnya itu dipermudahkan . Korang tahu ? Kalaulah semua letakkan tanggungjawab terbesar ini pada tahap tertinggi takde laaa berlaku kerosakan di bumi ini . Sebab mereka tahu apa yang perlu buat atau ditinggalkan . Tak . Bukan aku nak cakap aku ni ustaz but you see aku cuma nak ingatkan . Sebagai saudara muslim . Mungkin kalau satu hari di padang mahsyar Tuhan aku soal apa yang aku buat pada agama aku, adalah yang boleh dijawab walaupun sedikit, walaupun hanya satu dua orang yang baca . Kerana tugas dakwah itu dipegang oleh setiap Muslim sebenarnya .

Okay . Cerita seterusnya pasal tanggungjawab . Bagi aku sendiri aku takde masalah untuk urus tanggungjawab untuk diri sendiri . Tapi aku kalau boleh taknak pikul terlalu banyak beban tanggungjawab daripada manusia . Kalau terpaksa juga aku boleh untuk lakukannya semampu aku . Ya, ada yang cakap sampai bila kerana satu hari nanti aku sendiri perlu pikul beban tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa jika diizinNya . Tapi buat masa ini mungkin tidak . Bukan menolak bulat-bulat cuma cuba untuk dielak . Namun kalau tak mampu juga, aku tetap pikul tanggungjawab itu sebagai satu cabaran . 

Cuma nak ingatkan, bila kita pikul tanggungjawab, laksanakanlah sebaik mungkin, semampu yang boleh . Sebab tanggungjawab itu sebenarnya kepercayaan orang pada kita . Kalau tak mampu jangan pikul, kalau dah pikul buatlah sehabis baik . Kepercayaan orang ini ibarat macam kaca, bila pecah disatukan semula semestinya tak sama seperti asal . Jadilah manusia yang bertangungjawab !

Hahaha . Okay . Cukup kot untuk cerita yang serius . 
Haaaa . Jumpa lagi ! Kalaulah ada yang masih sudi untuk terus membaca . Terima kasih .
Babaiiii ! Assalamualaikum ! 

Saturday, August 1, 2015

Kahwin ? Heh .

Haaa ! Assalamualaikum !
Jumpa lagi doh hari ni . Tetibe rasa nak update lagi . Kenapa ? Entah . Hahahaha . Okay . Memandangkan aku pun sudah menghampiri umur 20 an ? Jadi aku rasa tak salah kot aku nak share something yg boleh difikir-fikirkan oleh golongan-golongan seperti kita . Haaa .

Apa dia kau nak sampaikan hari ni sebenarnya afie ? Haaaa . Jom . Check this out dulu .

Jadi . Apa yang kau rasa bila kau dapat text macam ni ? Terutama girls laaa . Mesti teruja an ? Hahaha . 

Jadi aku ingat hari ni aku nak share laaa ngan korang pendapat aku sendiri pasal benda ni . 

Firstly aku harap kalau nak buat macam tuh, kau kena istikharah dulu . Benda-benda macam ni kau jangan nak pakai sembur je, kau kena mintak petunjuk ilahi . Mintak banyak kali . Kalau dah memang dia yg Allah tunjuk, baru proceed . Kenapa ? Yelah orang yang kau hantar text ni maybe akan hidup dengan kau selamanya . Kalau salah pilih masalah jugak . Kan ? Betul tak aku cakap ?

What next ? Aku rasa yang pasti kena pastikan laa orang tuh dah berpunya ke belum an ? Kalau tak sia-sia je laki dia datang rumah hempuk kau kacau bini dia . Hahahaha . Kan ? Kau jangan cari pasal pulak . 

Okay . Apa yg paling penting kalau dua syarat atas tuh dah pass, kau kena buat aa apa yang kau cakap . Jangan cakap je, sian perempuan tuh tertunggu-tunggu . Kan ?  Kau jangan buat main perasaan orang . Bahaya beb . Kalau kau tak nak dia betul-betul jangan sentuh perasaan dia . Sakit beb dipermainkan . Please jangan buat main perasaan orang .

Pada aku sendiri, mesej ni comel and sweet gila . Guys, I think this is the best way laaa law kau rasa nak kahwin . Kau bercinta lama-lama pun kadang-kadang tak kemana . Kan ? Lagi sweet kau buat macam ni, lepas kahwin bercinta . Itu yg terbaik . Takde laaa hari-hari kau buat dosa kering . Dosa sendiri yang kau buat hari-hari pun dah banyak nak tambah lagi dengan dosa couple kau tuh . Haaaa . 

So, ini cuma pendapat peribadi aku sendiri . Nak bangkang silakan . Tiada masalah ~ tiada masalah ~ 
hahaha . 

So, that's all from me . Chow dulu guys . Next week aku busy gila takyah tunggu tweet,  entry baru . Sumpah busy . 
*acacah ramai yang follow twitter & blog aku je*
hahaha . Bababaiii ! Assalamualaikum .