Monday, December 9, 2013

Huhoooi !
Assalamualaikum ~ 
hahaha . 

Okay . cukup laa assalamualaikum jadi intro ye ? 
lama tak hupdate an ? an ?
Opkos ! SPM doe ! Espiyemmm . Busy . 
hahaha .

Okay aku update hari ni pun sebenarnya sebab aku bo bo bo bohari . *sorry pami . 
hahaha .
BOSAN ! haa . 

okay . apa mau cerita ? 
Sinopsis Bulan November 2013 dan merupakan bulan paling kritikal dalam hidup aku setakat ini . 
hahaha . 

daripada 1 ~ 3 November aku busy habis dengan PKS yg terakhir . 
hahaha . PKS paling seronok sebab kitorang dah buat yang terbaikk utk tamu-2 kitorang . dan yg paling best sekali PKS sekolah kitorang jadi PKS terbaik negeri JOHOR ! ^^
okay tepuk tangan . yeay !

Then start 6 November SPM mula dan aku memang seronok sgt sebab akhirnya dah sampai masa utk aku habiskan apa yg aku mulakan masa tadika dulu . 
hahaha !

B Melayu, B Inggeris, Al-quran sunnah, Sejarah, Matematik, Syariah, Add Math, Fizik, Kimia, Biologi dan akhir sekali B Arab .
cukup 11 .

haa . btw, dalam gembira ada duka . Pasai pa pulak ?
Pasai pas ni aku dah tak rasa jadi budak sekolah . Amek buku teks belambak-lambak, Makan kat kantin sekolah, duduk dalam kelas, bawak beg berat-2 . 
macam-2 lagi laa .

haaa . kan ?
KU AKAN MERINDUINYA . amboih ! hahaha .



Till then baboooiii ! 

Friday, September 13, 2013

Coba ! Coba ! Coba ! dan Coba lagi !

Jeng ! Jeng ! Jeng !
Chak ! hahaha . lamaa kan tak nampak aku menghupdate blog buruk ni ?
hahaha . k . busy ! busy ! busy !
Yelaa . calon essppiiyyeem laa katako ! haaa . 
hahahaha .

Okay . 

Mari mula . Trial aku dah habis dan aku mcm . maigaadd ! apa bangangnya soalan ? 
hahaha . actually aku yg bangang . soalan tak bangang sebenarnya . 
hahaha .

Sebenarnya exam kali ni aku just target 5A je dulu and kali ni aku nak kimia aku A . 
sebenarnya addmath pun aku targetkan jugak, but, macam susah jo ! haiihhh ~  

Okay . Paper 3 Sejarah, alaa . takde hal laa . setakat salin balik je . apaadahal ! kan ? ^^
Start Paper BM 1, aku dah stress . apakejadah punya soalan, aku tak tahu nak buat apa ! masyaallah ! 
rasa macam nak hantuk kepala kat meja je . 
hahaha ! 
k melampau .

Then, start minggu ke dua, exam fizik, kimia, sejarah, add math . 
yang ni, setiap kali keluar dewan peperiksaan rasa macam nak terjun bangunan, aku dah angkat kaki sebelah tinggal lompat je . haa . memang stress .

Kadang-kadang aku dah fed-up dengan semua subjek ni kecuali kimia,
aku rasa aku mcm nak mampos baca buku malam tuh, bila tiba hari exam, apa pun tak leh jawab . 
But, itu menunjukkan aku perlu usaha lagi .
macam tajuk kali ni, aku perlu terus cuba ! cuba ! dan cuba lagi .
bak pepatah, belakang parang, kalau diasah akan tajam jugak . kan ? 

So,
Apa pun keputusannya, aku perlu terima, 
itu lah usaha aku, 
law teruk result, means aku mmg malas .
law okay, Alhamdulillah . 

Pesanan untuk aku dan juga kawan-2 aku yang lain,
Don't give up ! we still have time to improve ! 
Hahaha . 
It's okay kalau kita jatuh, but, jangan terus duduk, berusahalah untuk bangun dan berlari mengejar kejayaan !
*Semangat*

Makan ubi cicah sambal,
Jangan risau kau tak bebal .

Mandi manda di tepi paya,
Jangan mengalah pasti berjaya .

hahaha . 
aku buat entry ni untuk naikkan balik semangat aku . law ada orang lain yg berkobar-kobar jugak baguslah .
tapi jangan berkobar je tapi usahanya kelaut . haa . kan ? 

Okay sampai di sini sahaja,
law aku update pun lama laa lagi an ? hahaha .
Babaaiii ~ 
Assalamualaikum . :)

Friday, August 16, 2013

Riang Raya Hari Raya !

Hye !
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Ukhwah & Salam 1 Malaysia .
ppfffttt . k panjang betul salam aku ! hahaha .

Haa . Mari mula ! mula ! mula ! ye, mulaa . 
hahaha ! Nak share pasal tajuk kat atas tuh, haa . nampak ? nampak ? 
k bagus, law tak nampak bagitahu aku, nanti aku besarkan lagi font tuh k . 
haa .
Pasal Raya ! oyeah ! hahaha . :D
*padahal dah seminggu lebih beraya baru nak update hari ni . 

Tahun paling happening raya aku rasa tahun ni laa kot .
Even tahun ni tahun first atuk takde, tapi still raya tetap raya ! gembira tetap gembira !
hahaha . 
okay . 

 Macam biasalah, tahun ni raya kat Selangor my hometown .
Malam raya tuh orang sibuk beriya main meriam buluh and mercun kat luar, aku sibuk buat homework ! T_T
sedih beb jadi mangsa SPM ni, nak raya tak tenang . haihhh ~

Haaa . Some pictures to share . :)

Mak aku macam datin-2 dah tudung . kemain lagi

Ini jelah Family members aku . sikit kan ?

Family besar . just Family aku, Family Paklong & Family Makcik aku
 haa . okay . sampai kat johor aku beraya dgn member . Dua hari beb ! hahaa . 
Beraya 1 Pasir Gudang, termasuk Kg. Pasir Putih sekali . :D
tahun ni bawak motor boleh laa pusing 1 PG .
Yang kelakar sekali ada yang sesat nak pergi rumah Cikgu Zila . k takleh blaa .
Kat Taman Pasir Putih je kot .

Raya yang paling syok ini laa ! haa .

*DuitDuitDuit
Hahaha ! banyak kan ? 
tuh laa pasal . dah besar ni makin banyak pulak duit aku . :D
Tapi dah besar-2 ni segan laa beratur nak ambil duit raya dah . semua orang yg dtg hulur .
perangcangan aku dgn duit ni aku ingat aku nak pakai utk aku Kahwin nanti ~
ppppffftttt !
Haa . raya-2 jgk jom laa puasa sekali dalam bulan syawal ni,
haa . baca sikit hadis kat bawah ni .

“Barangsiapa yang telah melaksanakan puasa Ramadan, kemudian dia mengikutkannya dengan berpuasa selama 6 (enam) hari pada bulan Syawal, maka dia (mendapatkan pahala) sebagaimana orang yang berpuasa selama satu tahun.” (Hadis Riwayat Muslim)

*PoyoPoyoPoyo

Okay . sebelum aku habiskan celoteh aku ni,
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri untuk semua ! 
Saya, Mohamad Afie b. Rosman ingin menyusun kememua jari saya untuk memohon ampun dan maaf andai diri ini ada terkasar bahasa tersilap kata atau terlanjur perbuatan .
Hahaha !

Bye Bye ! 

Sunday, August 4, 2013

Fuyoo Forum Islam

Huihui !
Bertemu lagi kita wahai readers-2 yg amat ku sayangi . muah ! muah ! hahaha . pfffftttt ~
 *perasan padahal kau buat entry baca sendiri je
Hahaha .
Just to many things happen this week . Tak tahu nak mula kat mana an ? hahaha .
k .
Bulan ramadhan yg datang dah nak pergi dah . huh .
sekejap je beb . aku rasa macam sayang nak tinggalkan ramadhan . Tak cukup lagi amalan ni .
haa . Ramadhan kali ni aku berjaya habiskan Al-quran ! yeayy ! *tepuk tangan*
Alhamdulillah Allah izinkan . :)
Alhamdulillah sekali lagi, Ramadhan kali ni lebih bermakna drpd tahun lepas dan aku mengharap tahun dapat pergi terawikh full 30 hari . haa . 
Macam lagu yang aku nyanyi time Form 3 dulu,
"Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna ~"
pppfftttt. ~

Okay minggu lepas bersama beberapa sahabat lain dapat job buat show kat sekolah . *bajet*
Actually buat forum je sebenarnya . just buat mcm kat tv .
Fuyoo Forum Islam namanya . hahaha . 
Awalnya macam biasa-2 je . But, lepas forum tuh tak sangka ramai yg suka .
Alhamdulillah .

Class kateko . haa . ada page kat Facebook lagi . haa
ni ! ni ! https://www.facebook.com/pages/Fuyoo-Forum-Islam/505491976193147
Twitter pun ada dengan #tag #FuyooForumIslam .
Then,
Jumaat lepas kami dijemput oleh cikgu Norzila yang vouge tuh ke STaND untuk sampaikan apa yg kami buat tuh pada pelajar sesi petang .
*I really miss Cikgu Zila T_T*
dan sekali lagi Alhamdulillah, berjaya menambat hati mereka *amboih !
hahaha .

Malam tuh bukak twitter, habis pelajar-2 STaND cerita pasal Forum tuh .
Kami tak sangka dengan sambutan yg begitu sekali .
Terima kasih ~~~ *lap air mata*

Terima kasih jugak pada Mdm Adawiyah & Ustazah Sarah sebab bagi tunjuk ajar, tanpa anda siapalah kami . T_T

Nie ada laa gambar-2 kenangan kami kat sana .
Krew Fuyoo Forum Islam 
aku harap lepas ni kami dapat pergi ke sana lagi jika ada ruang dan peluang .
InsyaAllah .

Yang penting kami akan kembali lagi lepas naik cuti nanti dengan tajuk-2 yang lebih menarik ! ;)

*Siaran ulangan boleh tonton kat Youtube lepas naik cuti raya*

Jalan-jalan cari kijang,
Terpijak pula pokok berduri,
Kalau ada umur yg panjang,
Boleh kita berjumpa lagi . :)
 
Till then ! Bye bye ! :)

Tuesday, July 23, 2013

TakTahuNakBubuhTajukApa

Assalamualaikum ! woot ! woot ! 
hahaha . mmg bertahun tak nampak aku tulis entry kat blog yg berhabuk ni an ? 
Aku sedar yg takde orang tunggu pun entry aku ni ! *ayat touching ! ayat touching ! hahaha .
Okay . 

*FikirFikirFikir*

Where to start ? 
hmmmm ~ 
hahaha . Actually tadi tengah check bookmark, pastu ada Bookmark "blogger" . aku pun tekan lah, tgk reading list then tertekan view blog pulok !
satgi tgk blog sendiri, rasa macam nak muntah pelangi pun ada . hehehe .
ayat-2 yg pernah aku buat mmg menampakkan keanak-anakkan .
Nak delete sayang, hahaha .
haa . biarlah, jadi kenangan, nanti boleh tunjuk kat anak bini ! Pfffffttttttt ~ 
hahahaha ! k merepek dah aku !

Sebenarnya memang aku suka simpan barang-2 kenangan ni . even surat cinta masa Form 1 dulu pun aku simpan lagi ! Barang-2 yg orang bagi semua ada lagi,
hahaha . ada kat dalam 1 fail dalam gerobok buku aku tuh .
aku bagi tahu ni jgn dtg umah aku pulak pi check betul-2 . hahaha . 
Kalau one day rumah aku terbakar, itu aku bawak dulu ! hahaha . *bongok*

Haissshhh bila dah "ter"buat entry ni rasa macam rindu pulak nak blogging ! 
Tahun ni aku SPM . hebat an ? masa aku buat blog ni dulu aku 
baru Form 2 . hahaha . kecik lagi .
But, aku rasa masa aku Form 2 mmg aku terikut-ikut dengan budak-2 kelas aku yg ada blog, aku pun nak jgk . tengok je laa ayat-2 aku dulu, pfffttt ~ bajet comel je . menyampah aku baca ! hahaha .

But,
Itulah kehidupan sebenarnya, semakin hari kita semakin matang .
jap, matang ke aku ni ? hahaha . 

Since, aku tinggalkan blog ni, aku dah beralih ke twitter sebenarnya . banyak luahan perasaan kat sana . *pppppfffttt ~ 
di samping mencari awek . *double pfffftttt
hahaha .

Okay dah . hari ni dah berapa ramadhan ea ?
1,2,3, . . .. . . . ( macam arimethic progression pun ada *hahaha )
dah 15 dah . sekejap je beb . dah nak raya ! yeay ! pastu trial !
aduhhh ! aku . ah malas cerita .

Ending :
Semoga di bulan yg mulia ini kita dapat menjadikan diri kita lebih baik ! Kumpul pahala, cari malam lailatul qadar kalau ini ramadhan terakhir untuk kita pun, kita takkan rugi ? an ?
Itu saja itu waktu dan ketika ini . 
Bye ! Bye !

Makan danging terselit kat gigi,
Ada masa aku buat entry lagi !

Orang lelaki ada halkum,
Bye ! Bye ! Assalamualaikum ! :)