Thursday, December 3, 2015

Terima Kasih

Aku tak pasti
Mana aku nak mulai
Mulakan ceritaku ini.

Bahagia, Gembira,
Tenang dan suka
Semua itu aku rasa
Dalam satu masa
Kau tahu sebab apa ?
Ya, sebab kau ada.

Dulu aku kau luka
Kini kau juga yang bawa penawarnya
36 bulan pun masih belum mampu
Untuk padam semua memori kita.

Terima kasih,
Sebab pulang bawa gembira
Datang hibur hati yang lara
Penenang diri kala duka.

Terima kasih,
Kerana mulakan satu langkah
Yang aku cukup pasti sampai bila
Takkan kumula.

Terima kasih,
Kerana kau kumpul semua memori lama
Jadikan sebuah cerita
Cerita yang takkan sama
Dengan segala novel yang ada

Hari ini,
Aku diawangan rasa seperti mimpi
Aku selalu persoal diri ini
Apa benar ini realiti ?
Sukar sungguh nak diterima hati.

Dan jika benar ini cuma mimpi
Jangan sekali kau sedarkan aku
Sebab terlalu indah mimpi ini
Dan aku mahu kekal disini.

Kali ini,
Jangan berani kau pergi lagi
Sebab aku penat dah menanti
Biarlah kau yang pertama
Dan aku mahu kau juga yang terakhir.

Apa pun berlaku
Aku mahu kita kekal bersatu
Hingga ke akhir waktu.

-M.A- 25 November 2015