Thursday, September 10, 2015

Pasangan ? Heh .

Okay ! Assalamualaikum ! Haaaaa . So, memandangkan malam ni aku free sesangat jadi aku rasa aku nak menulis tapi malangnya kat sini aku takde sambungan internet. Jadi aku hanya mampu tulis dalam word document je laaa. Dah ada internet baru transfer kat blog . T_T . 
So, proceed dengan tajuk kat atas tuh ! Ya yang kau baca sekarang ni . Hahaha . Okay macam aku terfikir pasal tajuk ni is sebab masa kelas tengah hari tadi tetibe lecturer aku tanya pada kelas :

“Apa pendapat awak mengenai couple ? Pada usia awak yang sekarang.”

Jadi persoalan ini sebenarnya membuatkan aku rasa nak cakap banyak. Seriously banyak. Tapi memandangkan aku ni bukanlah orang yang banyak cakap dalam kelas jadi aku cuma diam dan dengar pendapat orang lain. Hahaha. Seriously dalam kelas aku memang tak banyak cakap. 

Okay. Antara pendapat yang aku dengar daripada mulut langau (kau tahu an keadaan yang mana bila lecturer tanya mereka nak bagi pendapat tapi antara mereka je) yang aku dengar ialah antaranya :

“Biarlah mereka nak dapat pengalaman menyayangi dan disayangi”
“Biasalah dah besar, sir”
“Couple sekarang bukan kemana pun”
“Mana tahu boleh bawak sampai kahwin, mana tahu~”

Hahaha. You see, aku suka dengar pendapat orang sebab boleh tahu macam mana cara mereka ni berfikir. Aku takde masalah dengan pendapat orang sebab ianya cuma pendapat dan itu ialah pendapat peribadi mereka dan aku takde hak nak cakap pendapat mereka itu salah atau betul.

Okay. Untuk pendapat aku sendirilah kan, sebenarnya aku sendiri tak berapa suka dengan idea couple pada usia sekarang ni. Kenapa ? You see, kau tengok diri kau sekarang, umur baru 19, hidup kebanyakan daripada kita pun masih lagi bergantung pada mak bapak masing-masing. Betul ? Hakikatnya kau pun tak boleh nak berdiri atas kaki sendiri lagi setakat ni. Sedar atau tidak matlamat utama kau sekarang ni ialah untuk berjaya dan berkerjaya. Salah ke ? Tak aku rasa. Jadi apa kata kau capai apa yang perlu kau capai sebelum sentuh apa yang kau tak patut sentuh.

Satu mengenai couple is kau kena bagi commitment pada couple kau. Betul tak ? Ke aku salah. Betul laa kan ? Yelah orang kata ada hati nak jaga. Bila cerita soal ada hati ni jaga sebenarnya bagi aku ialah satu beban. Why I am saying so ? Orang kata kena always be there untuk dia. Kan ? Even kau berkawan dengan orang yang berlain jantina dengan kau pun boleh timbul masalah ini itu. Kau terpaksa tinggal or kurang commitment dgn kawan demi couple kau. Ya, even ada yang kata couple dia tak kisah tapi tipulah kalau dia tak cemburu langsung. Ini tak boleh, itu tak boleh. Haaa. Bukan ke itu satu beban ? Bagi itu ialah satu beban dan kekangan yang patut difikirkan. Bila kau single kau takpayah fikir pun pasal benda tuh semua.

Ada lagi ? Yes mestilah ada. Pada aku sendiri umur 19 ni ialah umur yang mana kau punya rasa ingin mencuba tuh membuak-buak. Betul ? Lagi pun akal remaja umur 19 tahun ni ada yang jenis tak fikir panjang. Jadi aku risau kalaulah perasaan ingin mencuba itu yang kearah keburukan. Macam mana ? Takut-takutlah perkara macam zina, buang anak dan macam-macam lagi jadi. Yelah hari ni kita okay, esok lusa tak tahu. Jadi kalau boleh elakkan laaa. Kan ? Jangan nanti kalau benda dah jadi baru nak pening kepala fikir. Betul tak aku cakap ? Haaaaa.

Even aku tahu yang mana yang tengah couple baca pasal entry ni memang beria-ia menolak, menepis, menidakkan dan membangkang sekeras-kerasnya. Hahaha. Aku tahu sebab dulu aku pun pernah rasa. Tapi once bila kau rasa apa yang kau buat salah baru kau sedar betul apa yang orang cakap. 
Konklusinya, aku rasa apa yang aku cakap ni kau patut renungkan. Takde bukan nak cakap yang aku ni betul. Kemungkinan aku salah itu ada, ini kan pendapat je. Kalau kau rasa betul ambil, kalau kau rasa aku cakap cuma sampah, buang je dalam tong sampah. Simple. No offense okay ! Hahaha . Peace yawww ! Biar kujalan dulu. Heee.

M.A, 9 SEPTEMBER 2015, 10.10pm

Saturday, September 5, 2015

L . E . L . A . K . I

Haaa ! Yeay ! First of all nak bangga rumah aku dah ada wifi unlimited ! Kahkah ! Setelah sekian lama menunggu kan ? Hahahaha . Apa pun Assalamualaikum dulu ! Jawab ! Jangan tak jawab ! Haaaa . Okay ! Hmmmm ~ Sat ea nak berensetoming . Nak cerita apa ye ?

Okay ! Dapat ! Kalau sebelum ni aku cerita pasal perempuan, hari ni aku nak cerita pasal LELAKI . Ya lelaki macam aku lelaki jantina berlawanan pada perempuan . Hahaha . Kalau haritu perkataan "Kuat" perkataan pertama terlintas bila sebut pasal perempuan, kali ni untuk lelaki aku rasa yang tepat is "Tanggungjawab".

Kalau nak cerita pasal tanggungjawab seorang lelaki ni sebenarnya bermula bila dia jadi seorang suami . Yelah kalau selama ni cuma tanggung dosa sendiri, bila dah beristeri dengan dosa isteri kau kena tanggung, bila dah ada anak, dosa anak kau pun kau tanggung . Tanggungan tuh buat kau punya bahu yang nak pikul ni bengkak, patah . haaa semua lah . Itu tak kira lagi tanggungjawab kau pada mak bapak kau yang masih hidup masa tu . Lagi tangungjawab mencari nafkah keluarga . Berat juga jadi seorang lelaki ni . Jadi apa yang paling penting is kalau dah lelaki tuh, wajiblah bertanggungjawab . Kalau tak bertanggungjawab jangan jadi lelaki ! Hahaha .

 
Aku rasa ada betul jugak kata Si abang rambut kembang ni . Hahaha . Pada aku sendiri lah, yelah lelaki kan ketua keluarga . Bak kata TMJ, kalau kepala tak betul ekor dia pun tak betul . Macam tuh jugak kalau kau ni lelaki yang bertanggungjawab insyaAllah orang-orang dibelakang kau tuh semua menuju kearah kebaikan jugak . Kan ? Haaaa .

Kat bawah ni aku nak share sikit laaa kat girls yang mana ada abang, adik ke an ? Hahaha . Yang pantang lelaki ni jaga sikit .


Haaa . Tapi untuk aku pantang ni tak berapa kena sangat dengan aku pun, aku takde masalah sangat depends pada keadaan . Ada keadaan aku boleh compromise ada yang tak . Sebab aku macam tak stirict sangat takde nak cakap bila atau kat mana kau takleh kacau aku .

Hahaha . Okay . Pasal lelaki lagi aku cuma nak bagitahu jangan sesekali mainkan perasaan perempuan terutamanya . Kalau kau sentuh perasaan dia kau kena bertanggungjawab atas hati dia . Kalau rasa nak buat main jangan main, sebab hati manusia ni bukan mainan, kalau kau nak main kau pi main benda lain . Haaa .

Apa lagi ea ? dah laa kot .

So, sebagai konklusinya aku nasihatkan yang kaum lelaki, jadilah lelaki yang bertanggungjawab atas agama, bangsa, negara, orang-orang bawah kau, keluarga kau sebab tugasan dan tanggungjawab yang Tuhan bagi ni berat, satu hari kau akan disoal, jangan disebabkan ini Allah tarik nikmat syurga akhirat dia daripada kau . Okay ? Itu je kot . Chow !

Assalamualaikum .