Monday, June 22, 2015

Aku semak

Okay . Bismillah .
Hi guys . Walau aku sedar tak siapa pun baca . 
Takpe it's okay . Sebenarnya blog ni aku cuma nak jadikan wadah untuk meluahkan rasa . Jadi aku tak kisah langsung pun kalau takde siapa pun yang nak baca . Hahaha .

Hmmm .
Sejujurnya aku semak . Semak dengan apa ? Dengan media, dengan orang sekeliling aku yang sibuk bercerita pasal politik . Media tak kira media massa, media cetak, media sosial masing-masing bersepah . Bersepah bercerita buruk kerajaan, buruk pembangkang sampai satu tahap aku semak dan serabut walau hanya untuk memandang atau mendengar itu semua .

Jangan berani sembang politik Malaysia depan aku atau aku lari jauh daripada kau . Sampai tahap itu aku benci pada politik di Malaysia ini . Kalau berita siar cerita politik aku akan pergi tempat lain untuk tidak mendengar segala-gala yang berkaitan dengan politik . Politik ini ibarat "taboo" word bagi aku .

Aku ni boleh laa dikatakan anti-politik . Aku bukanlah pro kerajaan, atau pro pembangkang . Aku just tak suka dengan politik ni . Bagi aku politik kat Malaysia dengan sistem berparti wujud pembahagian antara kerajaan dan pembangkang menjadikan kita rakyat Malaysia ni assabiah . Ada satu yang fanatik dengan agama, satu sibuk kata tolong melayu padahal sama-sama jatuhkan melayu demi kepentingan sendiri, satu sibuk dengan kaum sendiri tindas pribumi dan nakkan kesamarataan taraf, ada satu lagi ketuanya sibuk nak jadi PM . 

Aku muak tengok berita hari-hari topik sama . Bukak setiap stesen TV sama sahaja . Satu pihak memburukkan satu sama lain . Bagus sangat lah tuh ? Hahaha . Cara ni semua wujudkan kebencian pada masyarakat . Jadikan negara pecah belah . Aku yang terhimpit diantara dua kuasa yang memerintah di makin lama makin susah . Makin penat, lelah, semput, terkapai-kapai mencari nafas di laut merah Malaysia . 

Ahh . Aku penat . Penat jadi mangsa keadaan . Jangan pelik disebabkan pecah belah masyarakat Malaysia ni, negara yang penat nak dimerdekakan orang-orang dulu dijajah sekali lagi . Betullah orang kata tak semua orang belajar daripada kesilapan . 

Memandangkan next Pilihan Raya Umum aku boleh mengundi, aku mungkin duduk kat rumah tak keluar mengundi enjoy the holiday atau aku pergi dan buat undi rosak . Kenapa ? Tanda protes . Walaupun hanya dengan satu undi . Suara aku ini takkan didengar mana-mana pihak . Takde siapa . Kenapa ? Aku ini cuma rakyat biasa, orang biasa yang tiada apa . Haaaa . Kalau kau nak suara atau pendapat kau diterima kau perlu ada pangkat, harta, nama . Itu semua hakikat dunia hari ini . Sedar atau tidak kita hidup dalam dunia yang seumpama itu .

Aku cuma harapkan pemimpin di tanah tercinta ini jadi seorang yang berintegreti . Jalankan kerja dengan penuh tanggungjwab . Ingat yang apa yang kita buat sebagai pemimpin akan disoal oleh Allah diakhirat . Tak takut bila apa yang kita buat ini semua tak direstu Allah lalu Allah campakkan kita ke neraka disebabkan ketidaktanggungjawaban kita pada rakyat kita ? Itu je harapan aku . Kalau pemimpin mantap, bertanggungjawab takkan adanya krisis sini sana . InsyaAlla negara akan dapat terus maju, maju dan maju .

Ini pendapat aku, hanya pendapat jangan lah bash aku . Aku cuma bagi pendapat je . Aku tak kisah kau nak terima ke tak pendapat aku ni . Kalaupun kau tak terima, selagi izin Allah ada untuk aku hidup esok, hidup aku tak terganggu pun . Aku tetap terus hidup seperti biasa, macam orang lain . 

Aku cuma sampaikan apa yang aku rasa . 
Aku harap siapa yang baca faham dan dimasukkan dalam benak fikiran apa yang aku cakap ini . 
Ya, mungkin aku masih muda, mentah . Tapi tak salah kalau terima pendapat seorang yang "bodoh" ini . 

Sekian .
M.A

No comments:

Post a Comment