Tuesday, October 28, 2014

Mamat, Dia, Aku

Dulu, cerita dulu .
Lama, cerita lama . 
Hahaha ! 

Okay . Dulu Mamat pernah suka sorang perempuan ni . Alaaa ~ Biasa laa zaman sekolah kan . 
Cinta monyet . hahaha . 
Sejujurnya Mamat senang suka dengan perempuan daripada dulu lagi,
cuma Mamat tak berani nak ambil langkah pertama . 
Entah kenapa yang perempuan sorang ni, berani pulak Mamat berbuat begitu .
hahaha .

So, 
Dipendekkan cerita, Mamat pun berbaik, then rapat .
Just macam budak-budak sekolah yang couple tuh, mereka pun sampai pada tahap itu .
Sejujurnya, 
seronok, bahagia .
Hahaha . Itu kali pertama Mamat dapat rasa sendiri perasaan itu .

Then, 
nak dijadikan cerita, takde jodoh, hubungan tak kemana .
Nakhoda kapal yang dulu kata sanggup menempuh gelora dan ribut 
akhirnya tenggelam terkulai juga di laut dalam .
 Hahaha .

So,
Sejak itu, Mamat keraskan hatinya,
Walaupun secara jujurnya dia amat cemburu melihat rakan-rakannya bermesraaan 
dengan pasangan masing, dia tetap berkeras untuk menepis segala
rasa untuk mempunyai hubungan yang rapat dengan mana-mana perempuan .

Dia cuba dan dia berjaya .
Sehingga kini, tiada mana-mana perempuan asing yang boleh dia anggap rapat,
walaupun sudah tak terkira banyak perempuan yang berjaya
mencuri perhatiannya .
Tetapi, Mamat masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak mahu ada apa-apa hubungan
yang rapat . Hanya mampu untuk melepaskan perasaan suka itu 
seperti angin lalu .

Tak,
Mamat tak salahkan orang yang buat dia jadi macam sebegitu,
Sejujurnya,
Mamat berterima kasih sebab bagi dia peluang untuk rasa semua tu,
segala memori itu, dia simpan . Segalanya . Daripada coretan nota-nota sehingga laa 
teddy bear yang tak sempat dia nak bagi . 
Semua masih kemas cantik dia simpan di salah satu laci dalam raknya yang terkadang dia selak dan membelek dan membacanya semula sambil tersenyum .

Lama, dia mencari kenapa sebab dia jadi begitu .
Jadi,
Satu hari mamat sedar .
Apa yang dia sedar ?

Dia sedar dia mudah terluka,
Dia sedar dia cepat terasa,
Walaupun dia selalu sunyi,
Tetap dia tak cari teman hatinya,
Kenapa ?

Sebab dia terlalu takut hatinya disakiti sekali lagi,
Katanya, kalaulah dia jatuh cinta untuk kesekian kalinya, 
biarlah itu yang terakahir,
Yang mana,
Perempuan itu menjadi suri hatinya,
Menjadi penenang dikala marah,
Menjadi ubat ketika luka,
Yang mampu berkongsi suka dan duka bersama,
Menjadi orang yang risau jika dia lambat pulang,
Memarahinya jika dia tak makan,
Menjaganya ketika sakit, 
Menjadi ibu kepada anak-anaknya,
Menjadi peneman memenuhi sisa hidupnya,
Dan menjadi seorang yang mengiringi dirinya ke syurga . 

Mamat itu ialah aku .