Tuesday, October 28, 2014

Mamat, Dia, Aku

Dulu, cerita dulu .
Lama, cerita lama . 
Hahaha ! 

Okay . Dulu Mamat pernah suka sorang perempuan ni . Alaaa ~ Biasa laa zaman sekolah kan . 
Cinta monyet . hahaha . 
Sejujurnya Mamat senang suka dengan perempuan daripada dulu lagi,
cuma Mamat tak berani nak ambil langkah pertama . 
Entah kenapa yang perempuan sorang ni, berani pulak Mamat berbuat begitu .
hahaha .

So, 
Dipendekkan cerita, Mamat pun berbaik, then rapat .
Just macam budak-budak sekolah yang couple tuh, mereka pun sampai pada tahap itu .
Sejujurnya, 
seronok, bahagia .
Hahaha . Itu kali pertama Mamat dapat rasa sendiri perasaan itu .

Then, 
nak dijadikan cerita, takde jodoh, hubungan tak kemana .
Nakhoda kapal yang dulu kata sanggup menempuh gelora dan ribut 
akhirnya tenggelam terkulai juga di laut dalam .
 Hahaha .

So,
Sejak itu, Mamat keraskan hatinya,
Walaupun secara jujurnya dia amat cemburu melihat rakan-rakannya bermesraaan 
dengan pasangan masing, dia tetap berkeras untuk menepis segala
rasa untuk mempunyai hubungan yang rapat dengan mana-mana perempuan .

Dia cuba dan dia berjaya .
Sehingga kini, tiada mana-mana perempuan asing yang boleh dia anggap rapat,
walaupun sudah tak terkira banyak perempuan yang berjaya
mencuri perhatiannya .
Tetapi, Mamat masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak mahu ada apa-apa hubungan
yang rapat . Hanya mampu untuk melepaskan perasaan suka itu 
seperti angin lalu .

Tak,
Mamat tak salahkan orang yang buat dia jadi macam sebegitu,
Sejujurnya,
Mamat berterima kasih sebab bagi dia peluang untuk rasa semua tu,
segala memori itu, dia simpan . Segalanya . Daripada coretan nota-nota sehingga laa 
teddy bear yang tak sempat dia nak bagi . 
Semua masih kemas cantik dia simpan di salah satu laci dalam raknya yang terkadang dia selak dan membelek dan membacanya semula sambil tersenyum .

Lama, dia mencari kenapa sebab dia jadi begitu .
Jadi,
Satu hari mamat sedar .
Apa yang dia sedar ?

Dia sedar dia mudah terluka,
Dia sedar dia cepat terasa,
Walaupun dia selalu sunyi,
Tetap dia tak cari teman hatinya,
Kenapa ?

Sebab dia terlalu takut hatinya disakiti sekali lagi,
Katanya, kalaulah dia jatuh cinta untuk kesekian kalinya, 
biarlah itu yang terakahir,
Yang mana,
Perempuan itu menjadi suri hatinya,
Menjadi penenang dikala marah,
Menjadi ubat ketika luka,
Yang mampu berkongsi suka dan duka bersama,
Menjadi orang yang risau jika dia lambat pulang,
Memarahinya jika dia tak makan,
Menjaganya ketika sakit, 
Menjadi ibu kepada anak-anaknya,
Menjadi peneman memenuhi sisa hidupnya,
Dan menjadi seorang yang mengiringi dirinya ke syurga . 

Mamat itu ialah aku . 

Thursday, July 10, 2014

Dunia Baru

Bismillah . 
Hahaha !
Lama doh tak update blog ! Sejak dah meniti ke alam baru ni, rasa macam tak menyempat pulak aku nak update blog ni . 
haa . 

Okay ! 
Hari ni aku nak share about my "New World"
haaa . Alam baru aku laa kekononnya .
Mana ?
UiTM Pasir Gudang je . 

At first time MDS an, masa minggu orentasi tuh laa .
Aku rasa mcm takde semangat langsung nak belajar . 
ye laa memandangkan dah lama mengular je kat rumah an ? 
hahaha . 

Tapi makin lama, 
bila dah boleh adapt dengan keadaan kat sini seronok laa pulak .

Even ramai cakap yg UiTM ni tak bagus,
yang kata ini laa itu laa . 
And baru-baru ni kena bash kat Twitter apa semua .
But, actually
Aku tak menyesal langsung sambung study kat sini .
This place is great ! 

So, to junior semua,
kalau dapat UiTM jangan tolak k . Rugi . Seriously .

Kat sini aku belajar untuk lebih yakin bertutur dalam bahasa inggeris . Sebab almost every presentation kat sini guna bahasa inggeris .
Tak semua Universiti kat Malaysia ni guna bahasa Inggeris sbg bahasa pengantar . 

Apa yang paling seronok sekali sebenarnya sebab aku boleh balik every week .
Ye laa . dekat sgt dgn rumah kan ? mana taknya . Hahaha .

So,
kat sini aku lampirkan sikit gambar Kampus UiTM Johor Cawangan Pasir Gudang . Mana tahu ada yang berinspirasi tgk gambar ni tetibe an ? 
Mana laa tahu . hahaha . 


Okay aku rasa ini je drpd aku . 
Kalau rasa berminat nak jadi engineer apply laa kat sini okay . 
Nanti aku tunjuk ajar mcm mana nak hidup kat sini .
Hahaha !

Tu je drpd aku .
See yaa ! 
Assalamualaikum
#UiTMDiHatiku

Thursday, May 15, 2014

Soal hati ?

Bismillahirrahmanirrahim .
ehem . test 1,2,3 . 
yaaa ! 
itu dia ! Update lagi ! 
hahaha ! 
Tetibe mood bercerita aku yg hilang dulu datang kembali . Kenapa ? Entah . *Angkat bahu .

Semalam kat group whassap bebudak kelas aku dulu sibuk bercerita soal hati .
Oleh yang demikian,
tercetus laa idea aku utk bercerita tentang ini .
Hahaha .

Macam pelik an ? 
Secara teorinya hati ialah organ, tapi hati yg aku nak cerita ni bukanlah hati itu . Hati ni, even kita tak tahu kat mana, tapi bila kita happy kita rasa tenang,
bila kita marah or so on, rasa macam sakit sangat . 
betul tak ?

Okay . First of all,
Sejujurnya aku sememangnya cemburu tgk kawan aku bersweet-sweet dgn makwe or pakwe diorang .
Seriously ! 
Hahaha .
Kadang-kadang nak jugak rasa macam diorang kan, 
Ada someone special . Heee ~

Tipu sangat laa kan law aku cakap aku takde suka sesiapa, but actually sejak pengalaman pertama dulu, aku dah takut nak cakap aku suka kat seseorang perempuan . 
Even orang selalu cakap "law suka bagitahu laa" .
An ? 
Tapi pada pendapat aku, 
Bila kita bagitahu kat orang yg kita suka yg kita suka kat dia, biasanya keadaan selepas itu dah tak macam dulu,
masing-masing segan-segan, malu-malu .
Nanti jadikan kita lagi jauh drpd dia . 

Betul ? 
Better berkawanlah kan ? 
Kita dapat bercerita, gelak sakan .
Takde rasa segan .
Why ? 
Sebab kita cuma berkawan lebih selesa utk tunjuk siapa diri kita .

Pada aku orang bercinta ni, 
sesetengahnya, hipokrit . 
hahaha .
Betul an ? Depan makwe, pergh mmg cool gila .
Belakang ? MasyaAllah .

Jadi,
bagi mengelakkan aku rasa sakitnya hati ni untuk kali kedua kerana "someone special" katanya,
better aku takpayah nak ngengade bagitahu yg aku suka .
Kan ? Kan ?

Aku pun dah biasa sangat hidup lonely ni,
sejak kecik sampai sekarang aku selalu lonely .
hahaha . 

Kalau dia jodoh aku,
biarlah Allah jaga dia .
Kenapa ?
Sebab Allah jaga dia jauh lebih baik drpd aku jaga .
Ye idokk ? 

So,
kesimpulannya,
Even aku selalu berubah pendapat soal hati dan perasaan ni,
tapi buat masa ni aku rasa,
tak perlu lagi untuk aku terjebak dengan hal ni .

And

Untuk kawan-kawan aku yg sedang hangat bercinta tu, 
aku doakan korang berbahagia laa ye ? 

Ingat !
Bak kata P.U Rahmat,
"Cinta Allah, baru cinta kerana Allah ."

Till then,
Babaiii ! 
Assalamualaikum .

Sunday, May 11, 2014

Antara kaca dengan permata

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum ! 
haa ! 
nampak tak mcm rajin je an hupdate lagi hari ni ? nampak tak ? 
okay . First of all,
Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah .
Why ? 
Hahaha . Pertama sebab hari ni kita masih diberi peluang utk bertaubat . Salahkah aku ? betul kan ?
Kedua kerana masih dilimpahkan dgn rezeki .
Ketiga, sebab aku ditawarkan utk program Diploma Kejuruteraan Kimia .
Cak !


Yang bestnya sebab kampus dia dekat gila dgn rumah aku boleh ? 
hahaha .

Okay . Sekarang aku dalam tempoh "DILEMA"
Kenapa ? 
Sebab kos yg ditawarkan ni, kos yg paling aku minat, yg aku letak pilihan pertama dalam borang UPU hari tu .
Tapi pada masa yg sama, aku nak ambil Program Matrikulasi jugak .
nak ! nak !
Hukhuk . Buat klon boleh ? Masuk dua-2 . Settle problem .

"Sungguh kumerasa resah, 
Untuk menilai sesuatu yg indah"
*tetibe an ? 

Rasanya macam aku ada satu hati pastu nak bagi kat salah satu drpd 2 orang yang aku suka . Dua-dua ada kelebihan masing-masing .

"Kalau kupilih di sini, apa kata di sana, 
Kalau kupilih di sana di sini akan terluka,
Perlukan aku mungkuri keduanya ?" 

Hahaha .
Contoh aku mmg teruk . XD

Hishh . 

Asal pening pikir benda ni je main game,
Asal main game je pening pikir pasal benda ni .
So, kesimpulannya main game takleh settle masalah pun . hahaha . 

Okay .
Fokus aku selalu hilang sejak semalam .
Huhahaha .
Aku rasa ramai lagi yg macam aku . 

So,
Aku rasa aku kena mintak petunjuk drpd Allah .
InsyaAllah mula beristikharah dalam masa terdekat ni .

Aku harap aku dapat bezakan antara kaca dengan permata nanti .
hahaha . 

Maka,
Begitulah setori aku utk hari ni .
So, korang doakanlah ye, 
Moga-moga aku dapat buat pilihan yg tepat nanti .

Aku nak ambil diri aku dulu . huhoi ! 
See yaaa ! 
Babababbaaai !

Saturday, May 10, 2014

Tenang-tenang air di sungai jangan disangka tiada buaya

Hahaha . 
I'm back ! Dengan hidung kena sumbat dgn tisu pastu terbatuk-batuk sampai rasa nak tercabut urat perut . *Tak sihat weyh !
K .
aah, memang aku saja mintak simpati . 
hahaha . 

Lepas belasan hari tanpa sambungan internet yg stabil, akhirnya aku berpeluang nak hupdate bendaalah blog ni . 
*Actually aku update ni bermusim . 
okay .

1, 2, 3, 4 ! 
tadaaa !


ontheway to bilik kami

Sunrise 

nak tidur pun sempat berselfie .

muka bajet dalam cerita rock ooo .

Semat lah tuh kononnya . hahahah .
Haaa . akhirnya, hajat nak bercuti ngan kengkawan terlaksana jua .
Hahaha . 
Kitorang ta pergi jauh pun, desaru je ni haa . *bajet kecik-2 je ni

Gahaha . Masuk je bilik kitorang lompat-2 atasa katil sampai tercabut kaki satu katil tuh . huh . nasib baik boleh repair . eksaited kateko ! 
Yg relax-2 cuma chal sorang je, yelah dah biasa katanya . 
yang lain mmg eksaited or perkataan yg lebih tepat ialah JAKUN .
Hahaha .

Okay . Actually seronok spending time ngn kawan-2,
Pergi tempat cuma kami je yg ada .
Buat itu ini .
Even makan sikit pun rasa dah kenyang bila sama-2 .

Just want to share something,
Hargai orang sekeliling kita, 

Hargai orang yg kenal kita,
Hargai orang yg sayang kita,
Sebab sebenarnya, mereka yg membentuk diri kita hari ini .

Bytheway, kejap lagi keputusan upu keluar, 
so, brace yourself ! 



k . till then,
Nah amek sebijik ! hahaha .
Bababaiiii !

Friday, April 25, 2014

Bukan kerana aku tak cinta

Assalamualaikum ! 
entah kenapa sejak akhir-2 ini rajin pulak aku buat entry baru an ?
Muahaha . 
Pelik tak ? 
Hahaha . Of course tak . Pasal blog ni aku sorang je baca . kot ? 

Okay . Sudah laa tu dgn mukadimahnya kan ? 
First of all,
"Bukan kerana aku tak cinta"
ini sebenarnya merujuk kepada tawaran matrikulasi yang aku dapat .

Haa . dgn keputusan SPM pun hadoo . hahaha . 
okay . nak dijadikan cerita mmg seronok gila dapat tawaran ni,
pasal actually separuh jiwaku mmg nak pergi . 

Normal laa kan, law dah suka mesti stalk-2 gitu kan ? usha-2 . 
so, jumpa laa blogger yg belajar kat Kolej Matrikulasi Selangor tuh,
tempat dia boleh laa . haa .
then, terusha laaa kalendar pelajar kat matrikulasi .
then, ini den jumpo .


So, bila mula-2 aku tengok kalendar dia . pergh .
Bertubi-tubi soalan tercetus macam Machine Gun . 
Contohnya : Abah dia ! macam mana nak hidup ni ? boleh ke aku bawak ? eh, sempat ke aku nak buat benda lain ? and many more actually . 

So, 
tetibe rasa pendirian ni tergugat kejap . 
*actually keputusan aku jarang konkrit .

Jadi . . . . 
aku ambil keputusan untuk berfikir dahulu . 
Tunggu keputusan UPU .
Law dapat je Chemical Engineering / Diploma Ukur bahan aku ambil . law tak dapat ke matrikulasi laa aku .

Hahaha . 
Melalui peristiwa ni, 
there is something new yg aku belajar,
Dalam hidup kita selalu diberi pilihan, ini atau itu .
Sebab kita ini lemah, hanya Satu yg berkuasa, padaNya lah kita mohon petunjuk .

So, untuk siapa yg berdilema macam aku ni,
mintak-2 laa petunjuk pada yang Berkuasa,
Semoga kita buat pilihan yang tepat dalam menentukan arah tuju hidup kita .
InsyaAllah . 

That's all ! 
Babbbaaaaiiiii ! 
Assalamualaikum . ^^

Sunday, April 20, 2014

Memandang kehadapan bersamamu sayang .

I'm in love with you ! muah ! muah ! muah !
Harap kita akan kekal selamanya . biarlah hanya bila nyawa dicerai badan baru kita terpisah sayang .
I, Takkan lupakan you, selamanya ! 

Pffttt ~ okay . 
Assalamualaikum . muahaha ! Sorry sikit ea,
I tak layan couple-2 ni . capekdehhh ~ 

Hahaha . k . 
apa yang nak setorimori kat korang sebenarnya sikit pun takde kena mengena dgn apa yang aku merepek kat atas tu . 
Those words, aku tak tahu mana datangnya . gahaha !

Okay . mari mula,
Sebenarnya, apa yang aku nak kisahkan kat sini ialah, 
Hebatnya seorang yang digelar GURU .
Gahaha . why ?
Actually aku baru sedar bahawasanya tugas sebangai Pendidik ni tak senang .

Aku sedang membayangkan macam mana cikgu-2 aku yang dulu mesti selalu berfikir macam-2 cara nak mengajar kami-2 ini sampai faham dan tak membosankan kitorang . 
Mesti susah .
Kadang-2 kalau pelajar tak faham dgn apa yg diajar, mesti cikgu rasa risau . kan ?
Lagi satu, masalah pelajar kalau tak faham, taknak bagitahu . 
bila exam baru tahu pelajar tuh faham ke tak .
hahaha .

Kenapa aku tetibe cerita pasal ni ?
Sebab somehow, masa aku ajar orang apa yang aku tahu, 
bajet-2 jadi cikgu gitu an ? 
aku sedar susah nak ajar & didik orang sampai faham . 
What I mean is bila kita mengajar,
kita mesti buat orang yg kita ajar tu faham . 
Susah .
Perlu sabar . Sebab dalam mendidik guru ibarat doktor, pelajar ibarat pesakit, lain pesakit, lain sakit, lain ubatnya .
Isn't it ? 

So, Cikgu-cikgu semua ! Tabik spring laa !
Cikgu semua memang cool ! tak kesah laa cikgu apa pun .

Tugas guru memang murni .
Kan ?

Terima kasih cikgu sebab mendidik kami menjadi seorang manusia yang boleh berfikir dengan rasional ! 

Gahahaha .
Source : buku mekar edisi ke 27

Hebat kan cikgu ni ?

K laaa . itu sahaja . babaaiii ! 
Assalamualaikum . ^^v

Abanggg ~ Nak jelly

"Abanggg ~ Nak jelly" 
Pffftt . k ayat pertama ni merepek je . 
disebabkan bulan ni aku kerja kat koperasi, ayat ni selalu digunakan oleh budak-2 sekolah aku sebab nak beli bendaalah jelly or nata de coco tuh .
hahaha .

Haa . okay mari mula mari mula ! 
Hahaha . 
apa aku nak setori ? Perghh . banyak kot ! 
yelah . last update haa . nak lebih 4 bulan lepas kot . blog ni pun bersawang sini sana ! gahaha . *padahal malas nak menghupdate

Okay cun . First of all, tahun 2014 setakat bulan 4 ni,
haihhh . bosannya . hidup takde tujuan . 
macam zaman gelap dulu . 
tak tahu nak buat apa . Rutin harian : Makan, tidur sambil menternak lemak . 
Seriosly MEMBOSANKAN ! -____-
Hahaha . ni nak cerita, januari lepas aku eksiden ! 
hohoho hotak dia ! 
Teruk ? gahaha . tak sangat . tapi tinggalkan kesan .
Kesan yg paling menyedihkan ialah aku hilang gigi 2 batang ! bafakkk dia ! 
Kena 8 jahitan kat dagu & parut besar kat tangan ! 
HAHAHA ! 1 bulan trauma bawak motor . 
But, dalam tempoh recovery tuh, aku sedar something,
Nak membesar, memang kena sakit dulu .
Tak kesah laa sakit luaran or dalaman . kan ? 

SPM ? Puhahaha . 
aku ? 
Hmmm . Actually aku tak expect apa-2 . dah berserah habis-habisan & hasilnya, disebabkan kepasrahan semata-mata,
Aku dapat 6A 5B . bolehhh laa . 
hahaha . Aku terima seadanya . Syukur sangat dah tu .

Sambung mana ? 
Itu yang memeningkan kepalahotak aku .
Matriks ? Asasi ? Diploma ? 
kemana aku nak pergi ?
Hahaha . 
Soalan yang aku malas nak fikir . Just hoping aku akan pilih jalan yang tepat . sudah . 

Hahaha . cukup dulu la sampai sini .
Siapa je baca entry ni an ? 
aku tahu . 
Takde siapa nak baca . *gahaha . ayat sedih kononnya .

Till then, babaaaii !