Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Dia lah ikutan seluruh umat manusia,
 yang menjadi contoh kepada manusia setiap zaman,
tak kira kaum dan agama..

seorang manusia yang sempurna dari segi rohani dan jasmani,
segala sifat yang baik dia miliki,
Kekasih Allah yang sejati..
Itulah Muahammad S.A.W

Haha !
okay,, assalamualaikum,
memandangkan hari nie kita menyambut maulidur rasul,
maka, aku nak lah berkongsi sedikit tentang 1 sifat nabi kita Muhammad S.A.W iaitu SABAR...

Yaa,, sabar,itu yang saya maksudkan,
ingat nie, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya tidak mampu untuk hadapi, Allah tahu sekuat mana kita dalam mengharungi setiap ujian yang diberi..

Maka nabi kita Muhammad, sememangnya seorang yang sabar dalam segala aspek..
sebagai contoh, dalam menyampaikan dakwahnya,
walaupun dicemuh masyarakat, sentiasa dicerca, dimaki,
dan segalanya larh an,
dia tetap sabar, kerana itu sememangnya sifat baginda..

Beliau bukanlah jenis yang cepat melenting,
malah, dia menasihati orang yang menganiai dia dengan kata-2 yang baik dan lemah lembut.. 

sesungguhnya, sifat sabar yang ditunjukkan oleh Rasulullah ini perlulah diamalkan dan dicontohi oleh setiap umat manusia di bumi ini..

persoalannya, adakah kita mampu untuk menghadapi 
ujianNya ?
Yaa,, sememangnya kita mampu,
HAHA ! ingat, 
Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya tidak mampu untuk hadapi, Allah tahu sekuat mana kita dalam mengharungi setiap ujian yang diberi..

Bermakna, kita sememangnya mampu untuk menghadapinya kerana Allah tahu sekuat mana kita.. 

sesungguhnya Allah sayang kita, maka, dia berikan ujian kepada kita.. 

dan sebelum saya tamatkan entry ini, saya tinggalkan hadis ini untuk anda semua,

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda; "orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya, ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun"

*Sebenarnya, kredit aku kena telan, setiap 10minit, 10 sen, dan dah RM25 aku habis sebab bendealah nie,, aku tahu, Allah sayang aku, sebab tuh dia uji aku.. hukhuk ! T_T
*sabar afie sabar*

No comments:

Post a Comment