Monday, August 24, 2015

Tabik spring !!!!

Assalamualaikum ! Fuhhh . Tarik nafas, hembus slow-slow . Haaa . Bismillah . Penat beb baru habis kelas, then tiba-tiba muncul idea nak buat entry baru ni . Hahaha .

Jadi kau rasa apa yang aku nak kongsikan dengan korang hari ni ? Haaaa . Something yang maybe interesting or maybe tak . Hahaha . Hari ini aku nak cerita pasal perempuan . Perempuan ? Yes . P .E. R. E. M. P. U. A. N noktah . Haaaa .

Jadi apa perkataan pertama muncul bila sebut pasal perempuan ni ? Ada yang sebut "lemah", "lembut", "sopan" . Tapi bagi aku, every time aku dengar perkataan ini, perkataan yang terlintas di minda aku ialah "kuat" . Yes . Kuat . Hahahaha

Kenapa aku cakap mereka ni satu ciptaan Allah yang kuat ? Kau tengok siapa lahirkan kau ? Ya mak kau dan mak kau ialah perempuan . Haaa . You see, something yg aku paling respect pada perempuan is even mereka ni tahu betapa sakitnya melahirkan anak tu, tapi tetap nak beranak . Kalau boleh describe sakitnya tu ada yang cakap separuh mati . Nampak betapa sakitnya . Something yg mungkin kaum lelaki ni tak boleh nak hadap . Hahaha . For ibu-ibu diluar sana massive respect untuk anda !

Ada lagi perkara yang aku rasa aku hormat pada perempuan ni . Apa dia ? Yelah , diorang ni after dah bersuami, kena ikut cakap suami . Mereka terpaksa tinggal ibu bapa demi suami, terpaksa bekerja untuk membantu suami . Bangun pagi untuk siapakan makanan keluarga . You see, hidup mereka untuk suami & keluarga mereka . Dulu aku selalu terfikir kenapa perlu bagi cincin + duit hantaran lagi . Sekarang aku rasa mereka memang patut dapatkan semua tu atas pengorbanan mereka selepas bergelar seorang isteri .

Next, sebab lain aku respect perempuan ni sebab mereka ni patuh . Patuh pada apa ? Tuntutan agama . Bagi perempuan muslim, kau tengok diorang ni kemana-mana kena jaga aurat mereka daripada golongan bukan mahram mereka . Even nak pakai tudung tu panas, nak pakai handsocks tuh berpeluh, lagi time cuaca panas tapi mereka tetap menurut perintah Tuhan . Haaa . Hebat kan ? Yang lelaki kau rasa kau mampu ? Hahahaha .

Jadi sebagai konklusinya, bagi aku sendiri laaa, perempuan ni daripada luar ya nampak lemah lembut tapi dalaman mereka cukup kuat . Hormatilah perempuan disekeliling korang sebab mereka ni layak untuk dihormati . Jangan sekali jatuhkan maruah mereka dan lindungah mereka semampu korang .

Hahaha . Okay . Tuh je kot untuk entry kali ni . Baboooiiii . See yaa ! Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment