Sunday, August 9, 2015

Pemimpin atau dipimpin ?

Hai semua ! Assalamualaikum ~ haaaa . Update jugak aku hari ni .
Akhirnya, tamat sudah minggu yang amat-amat memenatkan aku . Fuhhh ~ 
Lama dah tak busy seminggu macam ni . Hahahaha .

So, hari ni aku nak curi masa sikit . Yes sikit je untuk update blog aku ni . Just something untuk dikongsi . Mungkin ada manfaat kalau dibaca dan mungkin tidak . 

Hari ni kita bawa tajuk yang sedikit serius mungkin . Sedikit yang boleh difikirkan dan yang pasti bukan soal hati, soal cinta, soal kahwin dan lain-lain yang mungkin berada di minda korang . Hahaha . Apa yang aku nak kongsikan sebenarnya soal TANGGUNGJAWAB noktah . 

Hahaha . 
Bunyi macam serius kan ? So, tanggungjawab . Aku rasa semua orang ada tanggungjawab memasing . Tanggungjawab pada negara, negeri, bangsa, agama, keluarga . Antara tanggungjawab yang paling besar ialah tanggungjawab pada Allah . Yes, kita ialah ciptaannya dan wajib tunduk pada segala perintah dan tinggalkan larangannya .

See, nowadays manusia dah tak pikul tanggungjawab yang satu ini sebagai tanggungjawab yang paling besar . Letakkan urusan kita pada Tuhan itu paling atas barulah segala urusan yang dibawahnya itu dipermudahkan . Korang tahu ? Kalaulah semua letakkan tanggungjawab terbesar ini pada tahap tertinggi takde laaa berlaku kerosakan di bumi ini . Sebab mereka tahu apa yang perlu buat atau ditinggalkan . Tak . Bukan aku nak cakap aku ni ustaz but you see aku cuma nak ingatkan . Sebagai saudara muslim . Mungkin kalau satu hari di padang mahsyar Tuhan aku soal apa yang aku buat pada agama aku, adalah yang boleh dijawab walaupun sedikit, walaupun hanya satu dua orang yang baca . Kerana tugas dakwah itu dipegang oleh setiap Muslim sebenarnya .

Okay . Cerita seterusnya pasal tanggungjawab . Bagi aku sendiri aku takde masalah untuk urus tanggungjawab untuk diri sendiri . Tapi aku kalau boleh taknak pikul terlalu banyak beban tanggungjawab daripada manusia . Kalau terpaksa juga aku boleh untuk lakukannya semampu aku . Ya, ada yang cakap sampai bila kerana satu hari nanti aku sendiri perlu pikul beban tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa jika diizinNya . Tapi buat masa ini mungkin tidak . Bukan menolak bulat-bulat cuma cuba untuk dielak . Namun kalau tak mampu juga, aku tetap pikul tanggungjawab itu sebagai satu cabaran . 

Cuma nak ingatkan, bila kita pikul tanggungjawab, laksanakanlah sebaik mungkin, semampu yang boleh . Sebab tanggungjawab itu sebenarnya kepercayaan orang pada kita . Kalau tak mampu jangan pikul, kalau dah pikul buatlah sehabis baik . Kepercayaan orang ini ibarat macam kaca, bila pecah disatukan semula semestinya tak sama seperti asal . Jadilah manusia yang bertangungjawab !

Hahaha . Okay . Cukup kot untuk cerita yang serius . 
Haaaa . Jumpa lagi ! Kalaulah ada yang masih sudi untuk terus membaca . Terima kasih .
Babaiiii ! Assalamualaikum ! 

No comments:

Post a Comment