Friday, December 23, 2011

I think it is only a mirage

Nombor tak tahu bape,
Jalan pon tak tahu hape,
Taman entah di mana,
Negeri entah di mana,

22 Disember 2011.

      Kehadapan dan tidak kebelakang, encek blog yg tersayag dan tidak lupa kepada rakan-2 blogger sekalian... Apa kabar saudari dan saudara ketika membaca entry ini ? Sudah tentu dalam keadaan happy go lucky bukan ?
Saya pasti saudara dan saudari sedang menerima hakikat keputusan PMR anda yang baru sahaja beberapa jam yang lalu keluar bukan ? Saya juga begitu..

     Saya sangka selama ini KEPUTUSAN 9A PMR hanyalah fatamorgana sahaja, umpama mimpi dalam mimpi. Tetapi pada hari ini, telah terbukti itu semua bukanlah ilusi semata-mata.. Sekarang baru saya sedar yang 9A PMR itu sememangnya wujud dalam kamus kehidupan manusia.

     Ambisi yang saya anggap hanyalah sesuatu fatamorgana selama ini, yang saya cuba capai dan harapkan akhirnya menjadi kenyataan. Saya teramat gembira dan sukacita kerana memperolehinya. Terima kasih Tuhanku ya Allah ! 

     Usaha dan penat lelah saya selama ini memang membuahkan hasil yang baik. Tidak sia-2 wang yang dikeluarkan oleh ibu dan bapa saya untuk menyekolahkan saya.. ( haha ! menyekolah ) terimakasih ibubapa saya kerana menghantar saya ke sekolah ! Bersyukur ada ibu bapa seperti anda..

     Sekarang terima kasih sebesar-besarnya kepada guru-2 yang tidak penat atau jemu mengajar saya walaupun saya ini hanyalah anak murid yang selalu membuat bising, dan mengundang kemarahan guru kerana acap kali tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Terima kasih cikgu kerana mendidik saya !

     Akhir sekali, teman yang sentiasa di sisi di kala senang susah, gembira dan tangisan, dan ketika dimarahi dan memarahi... ( macam tak kena jea ). Tanpa anda wahai saudara dan saudari yang sentiasa mengangkat semangat untuk belajar, yang mengajar saya, yang mendidik saya, dan sering memarahi saya atas ketelanjuran lidah yang terkadang amat menyakitkan hati, saya tidak akan dapat apa yang saya peroleh sekarang. Terima kasih, dan saya teramat menyayangi anda semua..

    Kepada makcik tuh ! yea awak ! terima kasih sangat yea ! Sekarang kita sama-2 berjaya, tanpa awak, mungkin saya tak dapat apa yang saya dapat sekarang nie ! Nak pegi asrama kan ? Silakan. Saya akan merindukan awak nanti. ;)

     Sudah tiba masanya kini untuk saya menamatkan penceritaan yang amat membosankan ini. Terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhir entry saya ini. Saya amat menghargainya. Sekian. 

Yang benar,



1 comment: