Sunday, April 20, 2014

Abanggg ~ Nak jelly

"Abanggg ~ Nak jelly" 
Pffftt . k ayat pertama ni merepek je . 
disebabkan bulan ni aku kerja kat koperasi, ayat ni selalu digunakan oleh budak-2 sekolah aku sebab nak beli bendaalah jelly or nata de coco tuh .
hahaha .

Haa . okay mari mula mari mula ! 
Hahaha . 
apa aku nak setori ? Perghh . banyak kot ! 
yelah . last update haa . nak lebih 4 bulan lepas kot . blog ni pun bersawang sini sana ! gahaha . *padahal malas nak menghupdate

Okay cun . First of all, tahun 2014 setakat bulan 4 ni,
haihhh . bosannya . hidup takde tujuan . 
macam zaman gelap dulu . 
tak tahu nak buat apa . Rutin harian : Makan, tidur sambil menternak lemak . 
Seriosly MEMBOSANKAN ! -____-
Hahaha . ni nak cerita, januari lepas aku eksiden ! 
hohoho hotak dia ! 
Teruk ? gahaha . tak sangat . tapi tinggalkan kesan .
Kesan yg paling menyedihkan ialah aku hilang gigi 2 batang ! bafakkk dia ! 
Kena 8 jahitan kat dagu & parut besar kat tangan ! 
HAHAHA ! 1 bulan trauma bawak motor . 
But, dalam tempoh recovery tuh, aku sedar something,
Nak membesar, memang kena sakit dulu .
Tak kesah laa sakit luaran or dalaman . kan ? 

SPM ? Puhahaha . 
aku ? 
Hmmm . Actually aku tak expect apa-2 . dah berserah habis-habisan & hasilnya, disebabkan kepasrahan semata-mata,
Aku dapat 6A 5B . bolehhh laa . 
hahaha . Aku terima seadanya . Syukur sangat dah tu .

Sambung mana ? 
Itu yang memeningkan kepalahotak aku .
Matriks ? Asasi ? Diploma ? 
kemana aku nak pergi ?
Hahaha . 
Soalan yang aku malas nak fikir . Just hoping aku akan pilih jalan yang tepat . sudah . 

Hahaha . cukup dulu la sampai sini .
Siapa je baca entry ni an ? 
aku tahu . 
Takde siapa nak baca . *gahaha . ayat sedih kononnya .

Till then, babaaaii !

Monday, December 9, 2013

Huhoooi !
Assalamualaikum ~ 
hahaha . 

Okay . cukup laa assalamualaikum jadi intro ye ? 
lama tak hupdate an ? an ?
Opkos ! SPM doe ! Espiyemmm . Busy . 
hahaha .

Okay aku update hari ni pun sebenarnya sebab aku bo bo bo bohari . *sorry pami . 
hahaha .
BOSAN ! haa . 

okay . apa mau cerita ? 
Sinopsis Bulan November 2013 dan merupakan bulan paling kritikal dalam hidup aku setakat ini . 
hahaha . 

daripada 1 ~ 3 November aku busy habis dengan PKS yg terakhir . 
hahaha . PKS paling seronok sebab kitorang dah buat yang terbaikk utk tamu-2 kitorang . dan yg paling best sekali PKS sekolah kitorang jadi PKS terbaik negeri JOHOR ! ^^
okay tepuk tangan . yeay !

Then start 6 November SPM mula dan aku memang seronok sgt sebab akhirnya dah sampai masa utk aku habiskan apa yg aku mulakan masa tadika dulu . 
hahaha !

B Melayu, B Inggeris, Al-quran sunnah, Sejarah, Matematik, Syariah, Add Math, Fizik, Kimia, Biologi dan akhir sekali B Arab .
cukup 11 .

haa . btw, dalam gembira ada duka . Pasai pa pulak ?
Pasai pas ni aku dah tak rasa jadi budak sekolah . Amek buku teks belambak-lambak, Makan kat kantin sekolah, duduk dalam kelas, bawak beg berat-2 . 
macam-2 lagi laa .

haaa . kan ?
KU AKAN MERINDUINYA . amboih ! hahaha .



Till then baboooiii !