Saturday, May 28, 2016

Nothing much

Hi ! Lama kan tak update ? Hahahaha . Okay . Memang aku yang malas pun . Malas sangat nak update .

Okay . Jom mula . So, apa aku nak cerita pulak malam ni . Hmmm . Something yang maybe sedikit deep . Sikit je . Tak banyak pun . So, jom kita menyelam apa yang deep sangat tu . Hahahaha .

Perempuan . Satu golongan manusia yang berlawanan dengan aku . Yup berlawanan . Apa yang berlawanan ? Semua . Hahahaha . Opps ! Girls, jangan salah faham . Aku nak puji korang sebenarnya . Seriously aku nak try orang lelaki sekeliling kau faham pasal kau . Maybe tak mampu nak tolong banyak . Sikit pun jadi lah .

3 Fakta pasal perempuan yang lelaki patut faham :

1. Ya, tak bermakna ya
Okayy, perempuan bila kata ya, jangan kau anggap itu benar benar ya . Dengar nada mereka elok elok . Kalau kau rapat dengan seseorang perempuan, contoh lah mak kau, kau akan perasan perbezaan nada ya tu . Pastikan kau risau bila mereka ni ya kan sesuatu dengan nada marah atau dipanjang 4 harkat . That means mereka tak okay . Kau pun jangan bijak sangat bila perempuan kata ya, okay kau pun ikut je . Be more sensitive dengan nada diorang . Percayalah, anda mampu mengubahnya .

2. Berangin tak tentu
Haaa . Yang ni lagi satu . Perempuan perempuan yang kau sayang ni, mereka berangin . Ada masa angin tu just nice, ada masa tak berangin, ada masa angin kencang dan ada masa kalau lagi teruk puting beliung . Hahahaha .  Biasalah perempuan kan ?  Kita ni lelaki mana faham biasanya angin sejenis je, takde yang pelik pelik .  Hahahaha .  Ada masa diorang ni taknak layan kau langsung pun, kau cakap ngn dia, kau mesej, call, whatsapp confirm confirm kau takkan dilayan walau sepenting mana pun kau dalam hidup dia . Itu normal . Okayy guys, pastikan bila angin angin yang tak diingini ni sampai, jangan lah kau pun berapi . Terbakar diri . Time ni kau kena cool, sabar tu kuat sikit . Okay tak kuat banyak . InsyaAllah everything akan kembali kepada asal semula . Okayy ? Harap memahami .

3. Masa perang jangan melawan
Perempuan bila gaduh, salah kita, kita mengalah, salah dia, kita jugak mengalah . See, bukan kau sorang je, aku rasa semua lelaki lain pun menghadapi keadaan ini . Ayah kau, abang kau, bapak mertua kau, adik kau . Hahahaha . Jadi guys, bila berperang, jangan melawan . Haaa . Takyah bawak senjata takpe sebab confirm kau kalah . So, just melutut angkat tangan dan mengalah lah . Takpe mengalah itu yang terbaik . Kalau dua dua nak marah siapa nak pujuk kan ? Hahahaha . Pujuk lah . Even kau tak salah, kau yg mintak maaf pun takpe . Psiko sikit, nanti dia sedar dia salah dia akan mintak maaf balik kat kau . Jangan risau ya ? Hahahahaha . Mengalah bukan sebab lemah cuma nak kuatkan semula hubungan . Itu je .

Hahahaha . Okay . Aku bukan nak cakap aku ni pandai sangat lah melayan perempuan . Takde lah sangat . Biasa je . Ramai lagi hebat and tahu macam mana proper way nak layan . Haaa . Aku just nak share pendapat, itu je .

Konklusinya aku nak cerita kat sini . Perempuan ni memang Tuhan cipta mereka complicated banyak . Haaaa . Kalau kau cari seribu cara pun takkan jumpa nak betul betul faham mereka ni . But, cuba lah memahami mereka ni . Mereka tercipta begitu . Ada masa dia sendiri pun tak tahu kenapa dia macam tu . So, jadi lelaki ni bersabarlah selalu . Jangan bawak ego tu sana sini . Simpan sikit untuk perempuan perempuan yang kau sayang okay ? Tak salah pun . Sayang kan ? Haaa . Jadi layan lah elok elok jangan pernah putus asa nak layan diorang ni . Selalu ada dengan diorang time susah senang diorang & jadi kawan bercerita diorang . Nanti lama lama kau akan faham sendiri how to handle .

Okay tu je kali ni . Chow !


Thursday, December 3, 2015

Terima Kasih

Aku tak pasti
Mana aku nak mulai
Mulakan ceritaku ini.

Bahagia, Gembira,
Tenang dan suka
Semua itu aku rasa
Dalam satu masa
Kau tahu sebab apa ?
Ya, sebab kau ada.

Dulu aku kau luka
Kini kau juga yang bawa penawarnya
36 bulan pun masih belum mampu
Untuk padam semua memori kita.

Terima kasih,
Sebab pulang bawa gembira
Datang hibur hati yang lara
Penenang diri kala duka.

Terima kasih,
Kerana mulakan satu langkah
Yang aku cukup pasti sampai bila
Takkan kumula.

Terima kasih,
Kerana kau kumpul semua memori lama
Jadikan sebuah cerita
Cerita yang takkan sama
Dengan segala novel yang ada

Hari ini,
Aku diawangan rasa seperti mimpi
Aku selalu persoal diri ini
Apa benar ini realiti ?
Sukar sungguh nak diterima hati.

Dan jika benar ini cuma mimpi
Jangan sekali kau sedarkan aku
Sebab terlalu indah mimpi ini
Dan aku mahu kekal disini.

Kali ini,
Jangan berani kau pergi lagi
Sebab aku penat dah menanti
Biarlah kau yang pertama
Dan aku mahu kau juga yang terakhir.

Apa pun berlaku
Aku mahu kita kekal bersatu
Hingga ke akhir waktu.

-M.A- 25 November 2015