Thursday, December 3, 2015

Terima Kasih

Aku tak pasti
Mana aku nak mulai
Mulakan ceritaku ini.

Bahagia, Gembira,
Tenang dan suka
Semua itu aku rasa
Dalam satu masa
Kau tahu sebab apa ?
Ya, sebab kau ada.

Dulu aku kau luka
Kini kau juga yang bawa penawarnya
36 bulan pun masih belum mampu
Untuk padam semua memori kita.

Terima kasih,
Sebab pulang bawa gembira
Datang hibur hati yang lara
Penenang diri kala duka.

Terima kasih,
Kerana mulakan satu langkah
Yang aku cukup pasti sampai bila
Takkan kumula.

Terima kasih,
Kerana kau kumpul semua memori lama
Jadikan sebuah cerita
Cerita yang takkan sama
Dengan segala novel yang ada

Hari ini,
Aku diawangan rasa seperti mimpi
Aku selalu persoal diri ini
Apa benar ini realiti ?
Sukar sungguh nak diterima hati.

Dan jika benar ini cuma mimpi
Jangan sekali kau sedarkan aku
Sebab terlalu indah mimpi ini
Dan aku mahu kekal disini.

Kali ini,
Jangan berani kau pergi lagi
Sebab aku penat dah menanti
Biarlah kau yang pertama
Dan aku mahu kau juga yang terakhir.

Apa pun berlaku
Aku mahu kita kekal bersatu
Hingga ke akhir waktu.

-M.A- 25 November 2015

Wednesday, November 25, 2015

Untung orang sayang

Haaaa ! Halluuu ~
Apa khabarmu disana ~ Lama sudah tak berjumpaa ~
Hahaha . Okay lagu tu lagu . Haaaa .

Akhirnya tamat pun kerja wehh kat McDonald's depan sekolah tu . Baru laaa ada masa nak menaip . Memandangkan ai sudah kepisangan duduk rumah tak tahu nak buat apa . Jadi saja laaa update blogg ni . Hahaha . Kan ? Kesian blog ni, bila bosan baru nak cari .

Okay . Untunglah orang sayang ~
Hahaha . Apa kaitan cerita aku dengan tajuk kat atas tu ? Haaa . Ni laaa sikit yang aku nak share dengan korang . Actually, nak cerita tak rugi pun jadi baik . Kenapa aku cakap macam tu ? Yelaaa . Biasanya orang baik ni, pergi laaa mana pun semua orang sayang dia . Semua orang susah nak lepaskan dia . Semua orang nak dia stay . Why sebab dia baik

Macam pepatah melayu cakap an ? "Benih yang baik kalau dicampak ke darat jadi gunung, kalau dicampak di laut jadi pulau" . Haaa . Kalau dah dalam diri kau tuh baik kan ? Pergi laa mana pun kau, semua orang dapat manfaat at last semua orang sayang kau .

Pernah rasa macam ni ? Rasa kau sayang nak tinggal sesuatu tempat sebab kau dah cukup selesa kat situ, selesa dengan orang sekeliling kau ? Pernah kan ? So, itulah yang aku rasa, bila terpaksa tinggal tempat kerja aku tu . Aku rasa semua pasal tempat tu menyeronokkan . Semua laa . Terima kasih untuk segala perkara yang aku dapat yang mana aku tak jumpa dalam buku . Terima kasih untuk pengalaman sebab aku rasa pengalaman itu yang valueble sangat . Ye laaa . Pengalaman tu kau bagi berjuta ringgit pun kau takkan dapat .


.Hahaha . Okay, cukup lah kot agaknya . Aku pun bukan dalam mood membebel pun . Saja nak hilang bosan je sebenarnya . Korang baca pun bosann je an ? Ye aku tahu, aku memang membosankan . Kah ! Okay gais ! Till we meet again ! Daaaaa !