Tuesday, October 28, 2014

Mamat, Dia, Aku

Dulu, cerita dulu .
Lama, cerita lama . 
Hahaha ! 

Okay . Dulu Mamat pernah suka sorang perempuan ni . Alaaa ~ Biasa laa zaman sekolah kan . 
Cinta monyet . hahaha . 
Sejujurnya Mamat senang suka dengan perempuan daripada dulu lagi,
cuma Mamat tak berani nak ambil langkah pertama . 
Entah kenapa yang perempuan sorang ni, berani pulak Mamat berbuat begitu .
hahaha .

So, 
Dipendekkan cerita, Mamat pun berbaik, then rapat .
Just macam budak-budak sekolah yang couple tuh, mereka pun sampai pada tahap itu .
Sejujurnya, 
seronok, bahagia .
Hahaha . Itu kali pertama Mamat dapat rasa sendiri perasaan itu .

Then, 
nak dijadikan cerita, takde jodoh, hubungan tak kemana .
Nakhoda kapal yang dulu kata sanggup menempuh gelora dan ribut 
akhirnya tenggelam terkulai juga di laut dalam .
 Hahaha .

So,
Sejak itu, Mamat keraskan hatinya,
Walaupun secara jujurnya dia amat cemburu melihat rakan-rakannya bermesraaan 
dengan pasangan masing, dia tetap berkeras untuk menepis segala
rasa untuk mempunyai hubungan yang rapat dengan mana-mana perempuan .

Dia cuba dan dia berjaya .
Sehingga kini, tiada mana-mana perempuan asing yang boleh dia anggap rapat,
walaupun sudah tak terkira banyak perempuan yang berjaya
mencuri perhatiannya .
Tetapi, Mamat masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak mahu ada apa-apa hubungan
yang rapat . Hanya mampu untuk melepaskan perasaan suka itu 
seperti angin lalu .

Tak,
Mamat tak salahkan orang yang buat dia jadi macam sebegitu,
Sejujurnya,
Mamat berterima kasih sebab bagi dia peluang untuk rasa semua tu,
segala memori itu, dia simpan . Segalanya . Daripada coretan nota-nota sehingga laa 
teddy bear yang tak sempat dia nak bagi . 
Semua masih kemas cantik dia simpan di salah satu laci dalam raknya yang terkadang dia selak dan membelek dan membacanya semula sambil tersenyum .

Lama, dia mencari kenapa sebab dia jadi begitu .
Jadi,
Satu hari mamat sedar .
Apa yang dia sedar ?

Dia sedar dia mudah terluka,
Dia sedar dia cepat terasa,
Walaupun dia selalu sunyi,
Tetap dia tak cari teman hatinya,
Kenapa ?

Sebab dia terlalu takut hatinya disakiti sekali lagi,
Katanya, kalaulah dia jatuh cinta untuk kesekian kalinya, 
biarlah itu yang terakahir,
Yang mana,
Perempuan itu menjadi suri hatinya,
Menjadi penenang dikala marah,
Menjadi ubat ketika luka,
Yang mampu berkongsi suka dan duka bersama,
Menjadi orang yang risau jika dia lambat pulang,
Memarahinya jika dia tak makan,
Menjaganya ketika sakit, 
Menjadi ibu kepada anak-anaknya,
Menjadi peneman memenuhi sisa hidupnya,
Dan menjadi seorang yang mengiringi dirinya ke syurga . 

Mamat itu ialah aku . 

Thursday, July 10, 2014

Dunia Baru

Bismillah . 
Hahaha !
Lama doh tak update blog ! Sejak dah meniti ke alam baru ni, rasa macam tak menyempat pulak aku nak update blog ni . 
haa . 

Okay ! 
Hari ni aku nak share about my "New World"
haaa . Alam baru aku laa kekononnya .
Mana ?
UiTM Pasir Gudang je . 

At first time MDS an, masa minggu orentasi tuh laa .
Aku rasa mcm takde semangat langsung nak belajar . 
ye laa memandangkan dah lama mengular je kat rumah an ? 
hahaha . 

Tapi makin lama, 
bila dah boleh adapt dengan keadaan kat sini seronok laa pulak .

Even ramai cakap yg UiTM ni tak bagus,
yang kata ini laa itu laa . 
And baru-baru ni kena bash kat Twitter apa semua .
But, actually
Aku tak menyesal langsung sambung study kat sini .
This place is great ! 

So, to junior semua,
kalau dapat UiTM jangan tolak k . Rugi . Seriously .

Kat sini aku belajar untuk lebih yakin bertutur dalam bahasa inggeris . Sebab almost every presentation kat sini guna bahasa inggeris .
Tak semua Universiti kat Malaysia ni guna bahasa Inggeris sbg bahasa pengantar . 

Apa yang paling seronok sekali sebenarnya sebab aku boleh balik every week .
Ye laa . dekat sgt dgn rumah kan ? mana taknya . Hahaha .

So,
kat sini aku lampirkan sikit gambar Kampus UiTM Johor Cawangan Pasir Gudang . Mana tahu ada yang berinspirasi tgk gambar ni tetibe an ? 
Mana laa tahu . hahaha . 


Okay aku rasa ini je drpd aku . 
Kalau rasa berminat nak jadi engineer apply laa kat sini okay . 
Nanti aku tunjuk ajar mcm mana nak hidup kat sini .
Hahaha !

Tu je drpd aku .
See yaa ! 
Assalamualaikum
#UiTMDiHatiku