Friday, June 19, 2015

Indah mimpi

Kau tahu ?
Malam tadi kudijengah mimpi,
Merasuk kedalam minda lenaku .
Suatu indah yang kuharapkan itu bukanlah mimpi .
Aku seperti mahu kekal untuk menikmati saat itu .

Aku bermimpi,
Ada si dara yang tidaklah jelita mana,
Tapi di dalam mimpi aku ditakdir bersatu dengannya,
Orang yang aku tak tahu siapa .

Aku cuba terima disatukan dengan si dia,
Mungkin itu suratan tersedia,
Oleh yang Maha Pencipta yang esa .

Akhirnya nikahlah aku dengannya,
Tapi yang pelik,
Kenapa terujanya ? Walau aku tak pernah tahu dia siapa ?
Segalanya seperti tiba-tiba sahaja .

Walau seketika cuma,
Walau hanya mimpi belaka,
Tapi ketika itu aku rasa oh indahnya,
Bercinta selepas berumah tangga .

Mungkin itu pentunjuk,
Dari yang Maha Pengasih,
Untuk aku dekat dengannya,
Menuruti segala perintahnya .

Dan sejak itu,
Aku mula cuba,
Berubah menjadi mukmin sebenar,
Yakin pada janji yang Maha Pengatur,
Bila tiba masa dan izinnya,
Bertemulah aku dengannya .


Apa yang aku nak sampaikan, kita ni tak perlu rasanya untuk sibuk mencari jodoh, mencari si dia . Mengapa perlu kita fikirkan perkara yang bukan kerja kita . Jodoh pertemuan itu kerja Allah, dengan izinNya insyaAllah satu hari kita tetap dipertemukan dengannya . Tak payah nak overthinking sangat wondering pasal siapa bakal Isteri/Suami kau .

Just keep calm and be better a Muslim . Takyah nak rasa tulang rusuk tuh bergetar sangat . Teruskan kehidupan kalaulah tiba-tiba suka pada seseorang, doalah biar Allah jaga dia untuk kau okay ? Itu yang terbaik kot . hahaha .

Saja nak ingatkan,

"Jika mahukan jodoh yang baik pastikan diri itu cukup baik untuk si dia yang baik"

Hahaha . Mimpi yang aku cerita kat atas itu memang betul . Jadi aku saja nak share dengan korang .
Aku harap apa yang aku nak sampaikan ni sampai lah di lubuk hati memasing okay ? 
So see yaaa ! Babaiii !

Assalamualaikum .

Ubah Transform Henshin !

Bismillah

Setelah sekian lama jiwa melara 
Tiada tempat berkongsi rasa
Kembali aku di sini 
Melebur segala duka

Hahaha .

Lama kan tak update ? Already the first half of 2015, but this is my first entry . 
Rasa macam nak kembali ke sini mungkin . Dengan topik-topik yang much better
takde laa tajuk kanak-kanak macam entry zaman budak-budak dulu . Hahaha .

See,
Sebab kenapa aku rasa nak kembali menulis blog ni, salah satunya ialah tempat aku nak kongsi pendapat aku . Mungkin ini boleh jadi satu medium untuk aku menyampaikan pendapat aku . Pendapat yang mungkin takkan dibaca mahupun didengar tapi ini mungkin salah satu media yang aku boleh gunakan .

Ada kawan aku cakap, "Afie, kau ni pemendam, aku tahu kau takkan cerita masalah kau pada manusia selain yang kau percaya sebagai kawan kau, jadi apa kata kau tulis blog semula ?"
Jadi itu ialah sebab kedua . Ada betulnya mungkin apa yang kawan aku cakap . Semuanya . 
So, aku harap dengan kembalinya aku menulis, walaupun tak siapa yang baca can make feel better .
Hahaha .

So, jadi tunggulah apa tajuk-tajuk yang aku nak kongsikan . Maybe cara untuk aku mengolah idea tak menarik seperti penulis-penulis blog yang lain, tapi aku cuba . Aku cuba . 
Hahaha . 

Itu saja . See you in my next entry . Babai .

"Jangan takut untuk berubah kearah kebaikan, kalau kau tak mula langkah kau sekarang, bila lagi ?"